Pelakon terkenal, Kate Winslet kini bersedia untuk mengembangkan bakatnya ke arah pengarahan filem. Menurut The Hollywood Reporter, bintang Titanic itu akan mengarahkan sebuah filem berjudul Goodbye June untuk Netflix.
Selain pengarah, Kate juga akan bertindak sebagai penerbit dan pelakon dalam filem tersebut, yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Toni Collette, Johnny Flynn, Andrea Riseborough, Timothy Spall dan Helen Mirren. Skrip ditulis oleh Joe Anders, anaknya bersama bekas suami, Sam Mendes. Penggambaran akan bermula tidak lama lagi di UK.
Kate mengakui bahawa dia sering mendapat dorongan daripada rakan industri untuk menjadi pengarah.
“So many people will say to me on film sets, people I work with and know well, whether it’s an actor or a crew member, they will say, ‘Why aren’t you directing?’ and I’ll go ‘No, no, no, please don’t say it. Stop saying it. Why does everyone keep saying it?'” katanya.
Namun, kini dia merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil langkah berani itu. Kate turut menegaskan kepentingan lebih ramai wanita dalam bidang pengarahan.
Dengan pengalaman luas dalam industri dan pemahaman mendalam mengenai aspek teknikal pembikinan filem, Kate yakin mampu mengarahkan filem dengan baik.
“There’s no way I’m ever going to do something unless I really know how to do it properly,” tegasnya.
Sebelum ini, Kate membintangi Lee dan siri HBO The Regime, yang memberikannya pencalonan Golden Globe. Dia juga pernah memenangi Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi The Reader pada 2009. – BOOM!