Pempengaruh dan anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona, sekali lagi mencuri perhatian netizen.
Baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara, Leona memperkenalkan koleksi terbaru baju kelawar longgar yang dinamakan ‘Mekna‘.

Koleksi ini dilancarkan menerusi media sosial dan menerima sambutan luar biasa.
Menurut Leona, rekaan tersebut diinspirasikan daripada gaya baju kelawar moden, namun tetap mengekalkan keselesaan dan nilai estetik.
Rata-rata netizen memuji inisiatifnya dan menyifatkan rekaan tersebut “comel” serta sesuai digayakan remaja masa kini.

Ramai juga yang meluahkan rasa kagum melihat Leona tidak sekadar bersandar pada populariti, sebaliknya mula serius membina jenama sendiri selepas tamat pengajian. – BOOM!









