Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Karyawan Harap Menteri KPDNHEP Bantu Menyelesaikan Masalah Royalti Artis Muzik

04/06/2022
Enal Akimoleh Enal Akim
in Ekstra, Selebriti
Karyawan Harap Menteri KPDNHEP Bantu Menyelesaikan Masalah Royalti Artis Muzik

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Persatuan Karyawan Malaysia berharap Menteri Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membantu artis dengan menyelesaikan masalah royalti yang berlarutan selama lebih 20 tahun.

“Kami rasa hanya Menteri yang mampu menyelesaikan masalah ini yang begitu rumit dan melibatkan penglibatan ramai badan dan pihak yang pernah mewakili golongan artis dalam hal kutipan royalti.

“Sebelum ini semua usaha yang dilakukan untuk menetapkan satu sistem kutipan dan pengagihan bagi royalti artis tidak begitu berhasil,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Datuk Freddie Fernandez mahu membantu artis menyelesaikan isu royalti

Sejarah hal royalti bagi artis bermula pada 2000 apabila Akta Hakcipta dipinda untuk memberi pelindungan kepada artis di mana artis juga berhak dibayar royalti selepas pencipta dan syarikat rakaman yang diberi pelindungan pada 1987 melalui dua badan iaitu MACP dan PPM.

Pada 2001, ditubuhkan sebuah badan yang bernama Performers and Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) untuk mewakili artis dalam hal kutipan royalti.

“Malangnya selepas sepuluh tahun beroperasi yang dibelenggu dengan pelbagai masalah, Prism ditutup kerana tidak dapat lagi menjalankan kutipan royalti setelah pihak yang mengutip iaitu PPM telah batalkan kontrak untuk buat kutipan bagi pihak Prism,” kata Freddie.

Selepas itu pada tahun 2012, dua lagi badan baharu ditubuhkan iaitu Performers Rights and Interests Society of Malaysia Bhd (Prism Bhd) dan Recording Performers Malaysia (RPM).

“Juga malang bagi kedua-dua badan sebab tidak dapat berfungsi dengan baik memandangkan pengguna muzik tidak setuju bayar kepada terlalu banyak pihak.

“Pada tahun 2016 kerajaan telah aturkan supaya keempat-empat badan yang kutip royalti iaitu MACP, PPM, Prism dan RPM digabungkan di bawah satu syarikat iaitu Music Rights Malaysia Bhd (MRM) yang menjadi badan tunggal yang buat kutipan bagi keempat-empat badan dengan satu formula perkongsian royalti yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Pada tahun 2017 keadaan jadi rumit lagi apabila Prism Bhd telah diarahkan tutup oleh mahkamah kerana tidak dapat bayar gantirugi kepada PPM akibat melanggar hakcipta”

Datuk Freddie Fernandez berharap isu royalti dapat diselesaikan

“Perkembangan ini telah membawa satu masalah besar kepada lebih 1000 ahli-ahli Prism kerana mereka tidak lagi mempunyai badan yang mewakili mereka dalam hal kutipan royalti,” tambahnya lagi.

Pada tahun 2020, giliran MRM pula untuk ditutupkan operasi dan selepas itu setiap badan tiada pilihan selain bergantung kepada lakukan kutipan royalti sendiri.

“Ahli-ahli Prism Bhd masih lagi harapkan royalti hasil kutipan yang telah dikutip sebelum Prism ditutup tetapi atas kehilangan rekod selepas penutupan badan itu ramai ahli belum lagi dapat perolehi royalti hasil kutipan Prism.

“RPM pula telah menerima bayaran hasil kutipan dari MRM tetapi sehingga kini belum lagi berjaya mengagihkannya dengan sepenuhnya,” ujarnya.

Justeru, Freddie berharap Menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan campur tangan untuk bantu menyelesaikan masalah ini dengan menentukan satu kaedah baharu di mana semua artis, tak kira ahli Prism Bhd atau RPM Bhd disatukan di dalam satu badan dan diberi perlindungan kepada karya-karya mereka. – BOOM!

Previous Post

“Saya Tak Sindir Sesiapa” – Norman Abdul Halim Harap Hans Isaac Bersikap Profesional

Next Post

Aktif Sejak Kanak-Kanak, Erna Elliyana Masih Rindukan Bidang Nyanyian Dan Lakonan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Viral Video Of Entering A Club: Emma Maembong Comes Forward With Explanation

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd