Oddah tampil menafikan dakwaan bahawa anak kepada Ina Naim, Hadie, bermalam di rumahnya seperti dakwaan segelintir pihak.

Isu itu timbul selepas beberapa kenyataan berhubung keberadaan Hadie pada malam tersebut menjadi tular di media sosial.
Pemilik nama sebenar Auddra Zulkifli itu menjelaskan bahawa pada malam itu, mereka pada mulanya berada di rumah Ammar Haikal dan hanya singgah sebentar di rumahnya sebelum menghantar Hadie ke Terminal Bersepadu Selatan, di ibu kota.
“Dakwaan itu tidak benar, Hadie tidak tidur di rumah saya,” katanya.

Oddah, 16, turut menekankan bahawa mereka tidak berseorangan di dalam rumah ketika itu kerana terdapat ayah Ammar Haikal iaitu Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya,Sabariah Zakariah.
“Kami tahu batas kami,” katanya.

Tambah Oddah, semua ibu bapa juga sedia maklum keberadaan anak masing-masing.
Katanya, penghantaran Hadie ke terminal dilakukan bagi memastikan keselamatannya memandangkan waktu sudah jam 3 pagi. –Boom!









