Pengakuan jujur pelakon Kamal Adli, 40, benar-benar menyentuh emosi orang ramai apabila beliau secara terbuka meluahkan perasaan terpendam tentang kehidupannya kini.

Menurut Kamal, dia kini melalui fasa hidup yang mencabar selepas dua minggu berpisah dengan isteri dan anaknya.

Katanya, disebabkan hal itu, dia terpaksa berpura-pura tenang di set penggambaran.
“Saya tak boleh tipu diri sendiri, sebenarnya saya memang koyak. Saya terpaksa teruskan penggambaran sebab itu rezeki saya.
“Sampai rasa tak nak makan,” katanya dipetik Mstar.

Menurut beliau, apabila berseorangan, barulah dia sempat fikir dan healing.

Pada masa sama, Kamal mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di set penggambaran yang berusaha menghiburkannya tanpa mengungkit isu peribadi. – BOOM!









