Suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Dr Rushdi, enggan mengulas lanjut mengenai proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.
Menurutnya, perceraian bukan sesuatu yang diinginkan kecuali dengan alasan yang kukuh dan diredai Allah.

“Jika bertanya kepada saya, sudah semestinya dalam perkahwinan kita tak mahu bercerai kecuali ada alasan munasabah dan diredhai Allah.
“Tetapi kalau tiada alasan yang munasabah, kita tak patut berpisah.
Cuma buat masa ini saya tidak boleh ulas lebih-lebih berikutan beberapa sebab tertentu,” katanya.
Dr Rushdi turut mengharapkan hubungan antara isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno, dan Nora berada dalam keadaan baik, namun memilih untuk tidak berkongsi lanjut.
‘Insya-Allah, tetapi itu adalah perkara yang tidak boleh saya ulas — suatu perkara yang ‘seronok’ tetapi saya tak boleh beri komen lagi,” ujarnya.
Kes perceraian antara Nora dan Dr Rushdi akan dibawa ke proses hakam pada 3 September depan bagi tujuan berdamai.
Sementara itu, Nora menegaskan tidak akan menarik semula permohonan cerai dan menyerahkan keputusan kepada mahkamah. – BOOM!
Sumber: Kosmo! Online









