Penyanyi, Kaka Azraff, dilaporkan kembali rujuk dengan bekas suami, Adam Azriff pada Januari lalu dan kini lebih berhati-hati terhadap penyakit ain.

Kaka menegaskan hubungan mereka masih utuh walaupun pernah melalui perceraian.
“Ya, kami masih suami isteri dan doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya dipetik Mstar.

Menurut Kaka, disebabkan pengalaman lalu, beliau kini memilih untuk tidak terlalu menghebohkan kisah peribadi di media sosial.
“Alhamdulillah kami masih bersama sebagai sebuah keluarga sekarang. Cuma saya tak suka nak hebohkan perkara ini kerana kita tidak tahu masa depan macam mana. Tak boleh terlalu yakin,” katanya.
Pengalaman lalu juga membuatkan Kaka lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar atau momen bahagia di media sosial.

Katanya, dahulu dia tidak percaya dengan penyakit itu dan akibatnya.
“Dulu mungkin saya naif dan tak percaya penyakit ain tapi bila melaluinya saya rasa memang kena jaga.”

Selain itu, katanya, dia perlu menekankan kepentingan menjaga kesihatan mental anak-anak.
“Saya risau tentang kesihatan mental anak-anak. Mereka akan membesar dan satu hari nanti pandai membaca,” tambahnya. -Boom!










