Selepas hangat spekulasi mengenai Nora Danish yang dikatakan sedang mengenali hati budi seorang lelaki, kini identiti individu tersebut semakin jelas.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Mickey Ayo, yang sebelum ini dikaitkan dengan foto berkopiah putih yang dimuat naik pelakon jelita itu di Instagram.
Terbaru, menerusi Instagram Story, Mickey berkongsi sekeping foto bersama Nora Danish.
Kedua-duanya kelihatan mesra dan selesa, sekali gus mencuri perhatian warganet.
Lebih menarik, Mickey menggunakan lagu ‘Surat Hati’ nyanyian Devano sebagai lagu latar untuk foto tersebut, menambahkan lagi ‘aura romantik’ pada perkongsian itu.

Meninjau reaksi warganet, ramai mendoakan agar Nora dan Mickey dipermudahkan urusan dan serasi bersama. – BOOM!
Sumber: Instagram










