Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Justifikasi Kehebatan Dua Beradik – Anuar Dan Ziana Zain Buktikan Keunggulan Vokal Mereka

10/08/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
Justifikasi Kehebatan Dua Beradik – Anuar Dan Ziana Zain Buktikan Keunggulan Vokal Mereka

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pastinya ribuan penonton yang mengisi setiap ruang konsert ‘penuh panggung’ Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur, menggenggam kemas memori indah menyaksikan persembahan gemilang dua beradik itu, Sabtu lalu.

Malah atmosfera Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) juga penuh warna warni bermula dengan alunan Sangkar Cinta sehingga ke penutup Di Akhir Garisan dendangan dua adik beradik yang tiada tandingan ini.

Anuar dan Ziana Zain bukan calang-calang penyanyi kerana mereka masing-masing punya kredibiliti tersendiri dalam menempatkan diri pada koordinat persada muzik tanah air serta berdiri di atas identiti tersendiri.

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur.

Akui kedua-duanya, hampir empat tahun masa diambil sebelum masing-masing mencapaikan kata sepakat untuk merealisasikan persembahan itu.

“Kami memang ada bersembang mengenai impian ini tapi selalunya ia berlalu begitu saja. Banyak perkara yang perlu diambil kira termasuk nada suara kami yang berbeza,” cerita Anuar usai tamat persembahan dalam sidang media yang dijalankan.

“Betul, dan sudah rezeki kami akhirnya kami dapat realisasikan dengan perancangan tersusun. Saya sendiri, faham ramai yang bertanya bila persembahan saya selepas lama tidak muncul dengan konsert,” sokong Ziana yang jelas kelihatan seorang kakak penuh aura kasih sayang pada adiknya.

Bagi dua permata seni tanah air ini, mereka akui berkat reda dua syurga mereka iaitu Zain Abdullah, 84, dan Robiah Abdul, 71, menjadi antara rahsia utama kejayaan mereka dalam hidup.

Anuar Zain membuktikan beliau seorang penyanyi yang hebat.

Ziana turut berkongsi rasa berkenaan kepada seluruh penonton dan memberitahu malam itu menjadi momen bermakna apabila dua orang tuanya turut ada bersama selain dua hero ibu tunggal iaitu iaitu anak Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.

“Terima kasih abah dan mak yang sentiasa ada bersama kami dan selalu mendoakan kami. Saya harap dan berdoa agar mak dan abah sentiasa sihat dan dirahmati Allah,” kata pemilih nama penuh Siti Roziana Zain, 54.

“Abah kami seorang anggota polis dan kami sentiasa dipantau oleh abah. Walaupun kami artis, seperti saya ketika kecil sudah mula menyanyi tapi bila di rumah saya tetap kena siram pokok bunga, sama seperti adik beradik lain,” tambah Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 52.

Ziana di sisi turut memberitahu, dalam bab nyanyian bapa mereka yang mesra disapa Pak Zain menjadi insan yang bertanggungjawab menjadi pengkiritik tetap dan penasihat.

Melihat secara keseluruhan persembahan Ziana dan Anuar pada malam ini, ternyata mereka berjaya membuktikan masih ampuh dalam senarai penyanyi terbaik negara dalam semua aspek baik vokal, komunikasi mahupun persembahan.

Kesemua 16 lagu bersama-sama beberapa medley yang disampaikan secara spontan mendapat sambutan penonton tanpa perlu diminta dan menyanyi bersama.

Ziana membuktikan, pada usianya dia masih hebat dan mampu mengekalkan nota nyanyian lagu-lagunya yang sangat ikonik serta menepis suara-suara nakal yang meragui kemampuan pemenang Voice of Asia Kazakhstan 1995 itu.

Berbanding Ziana, Anuar lebih aktif muncul dengan persembahan dan konsert sebelum ini. Kemampuannya bukan sesuatu yang perlu dipertikan.

Ziana membuktikan dia masih hebat dan mampu mengekalkan nota nyanyian lagu-lagunya.

Apa yang menarik perhatian, cara seorang Anuar Zain yang begitu menghargai peminat dan sanggup turun ke arena penonton berinteraksi dan melayan semampu mungkin tanpa ada rasa canggung.

Tidak dinafikan ada suara yang kurang senang dengan pendekat bekas pramugara itu. Ternyata anda tidak mengenali Anuar secara total. Kerana jika anda penggemar lelaki itu, apa yang anda saksikan itulah Anuar Zain dalam setiap edisi persembahannya yang akan melayan peminat tanpa ada rasa lelah.

Jambangan ucapan tahniah wajar diberikan kepada semua yang terlibat terutamanya penganjur Trumpet International Sdn. Bhd. dan pasukan pemuzik serta penerbit yang menyusun kemas konsert berkenaan. Bukan mudah ya, tidak mudah untuk membuat pemilihan lagu daripada dua penyanyi yang tidak keterlaluan dikataka setiap lagu mereka ialah lagu hits.

Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur, resume dan justifikasi jelas keunggulan dua penyanyi ini. – BOOM!

Previous Post

Suria FM Cungkil Bakat Muda Nyanyi Lagu 90-an, Ayish Dan The Bujangs Curi Tumpuan Pengunjung

Next Post

“Tolong Block Si Diana Ni!” – Neelofa Naik Hantu Baca Komen Netizen Ketika Live

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kumpulan Pelawak Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd