Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Juri Lebih Arif” – Terima Anugerah Khas, Pengarah Filem Geran Hormat Keputusan FFM31

16/12/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Juri Lebih Arif” – Terima Anugerah Khas, Pengarah Filem Geran Hormat Keputusan FFM31

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar sedikit pun tidak terkilan apabila naskhah arahannya cuma memenangi satu trofi sahaja dalam acara Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang berlangsung Jumaat lalu.

Meski mencatat kejayaan tersendiri di peringkat antarabangsa tatkala merangkul trofi dalam penganjuran Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 serta diberi pengiktirafan tayangan di Amerika Syarikat, Areel bagaimanapun akur keputusan juri.

Areel bersama trofi kemenangan NYAFF

“Jujurnya, kemaraan Geran selaku lima filem terbaik pun sudah memadai kerana saya langsung tidak menjangka naskhah pertama arahan saya mampu berada di tahap ini.

“Biarpun sekadar menerima Anugerah Khas Juri, itu sudah cukup membanggakan kru produksi kami dengan lapan pencalonan dalam beberapa kategori.

“Pencapaian ini agak tinggi bagi saya secara peribadi dan penghargaan yang diberikan menyuntik semangat untuk kami terus berkarya,” ulasnya kepada Boom!.

Dikatakan antara karya yang memberi saingan hebat dalam kalangan 55 buah filem yang bertanding, Areel bersyukur penghasilan Geran membuahkan hasil berbaloi.

Buka sekadar bergelar pengarah, menerusi naskhah Geran, Areel turut berperanan sebagai penerbit di bawah syarikat produksinya, Layar Pictures dan filem terbabit merupakan bayi sulungnya.

“Filem ini sudah berlayar jauh dan saya berbangga memperjuangkan seni bela diri pencak silat yang menjadi tunjang penceritaannya.

Geran dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A Craft di NYAFF19.

“Walaupun ramai mengatakan kami patutnya menang lebih daripada satu trofi, mungkin di mata juri Geran belum cukup bagus untuk memenuhi kriteria dikehendaki.

“Percayalah, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan memartabatkan budaya Melayu ke persada antarabangsa,” iltizam Areel.

Terdahulu, Geran memulakan penggambaran pada 2017 dan ditayangkan pada 2020.

Mengangkat seni persilatan Gayong Pusaka dengan tema kekeluargaan dan persaudaraan, filem itu dibintangi Nam Ron, Aeril Zafrel, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal. – BOOM!

Previous Post

“Tuah Saya Ada Ramai Kenalan Melayu” – Badarsila Beri Kelebihan Buat Suki Low

Next Post

“Makin Rapat, Makin Kuat” – Hariz Fayahet Tak Nak Terlalu Selesa Di Depan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Pablo Minta Maaf Tuduh Bekas Kekasih Hisap Dadah, Sedia Bekerjasama Dengan JAKIM, PDRM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd