Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Tak Nak Tunggu Lama-lama” – Yusuf Dan Zizi Nikah Lepas Dua Bulan Kenal

19/09/2021
Abang Deeoleh Abang Dee
in Exposé, Hiburan
“Tak Nak Tunggu Lama-lama” – Yusuf Dan Zizi Nikah Lepas Dua Bulan Kenal

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Desas-desus mengatakan penyanyi, Zizi Kirana bakal mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila dia disatukan dengan pelakon, Yusuf Baharin.

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada aktor kacak itu dengan hanya sekali lafaz tepat pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan selebriti itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwalikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Diadakan secara tertutup, upacara pernikahan pasangan mempelai itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Penyanyi lagu Eh itu menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran tidak didedahkan.

Zizi kelihatan anggun mengenakan busana klasik berona hitam berserta perincian keemasan hasil rekaan Shanell Harun dan ditata rias oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Usai pernikahan, pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebenarnya kalau nak tahu, hari Jumaat lepas baru kami dimaklumkan tarikh dan lokasi pernikahan.

“Semuanya dilakukan pada saat-saat akhir! Syukur segalanya dipermudahkan. Doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai syurga.

“Insya-Allah, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi.

Berkongsi mengenai bibit perkenalan mereka, Zizi mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY), awal tahun ini.

Mereka serius mengenali hati budi masing-masing sejak dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk beralih ke fasa seterusnya.

“Pertama kali jumpa, masa itu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan.

“Sehinggalah pada sambutan Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya meluahkan hasrat untuk berkawan rapat.

“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak keikhlasannya dalam menjayakan perhubungan ini,” ceritanya kepada Boom!.

Penghujung Ogos lalu, menurut Zizi, mereka membuat perancangan untuk terus berkahwin kerana enggan menunggu lama-lama.

“Sepanjang perkenalan ini, kami cuma jumpa beberapa kali sahaja dek PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” ujarnya.

Tidak merancang untuk berbulan madu atas desakan kerja, Zizi bagaimanapun berhajat menunaikan umrah bersama Yusuf sebaik sempadan negara dibuka kelak.

Previous Post

“Siapa Saya Nak Memilih?” – Taufiq Intai Peluang Berlakon Drama

Next Post

“Cucuk Dagu Boleh Pula?” – Hattan Tempelak Artis Anti Vaksin

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd