Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Joe Flizzow Hormati Malique, Persahabatan Tak Pernah Putus

01/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Joe Flizzow Hormati Malique, Persahabatan Tak Pernah Putus

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow memberitahu dia tidak mengundang Malique dalam berkongsi perjalanan kariernya bersama Too Phat menerusi dokumentari berjudul This Is Johan.

Joe berkata, sebagai rakan dia harus menghormati keputusan bekas duonya itu yang memilih untuk tidak tampil di depan khalayak.

“Tidak, sebab saya sudah tahu jawapannya.

“Saya hormat keputusan dia (Malique) yang tidak mahu lagi ‘limelight’, jadi saya kena hormati permintaannya itu.

“Lagipun dokumentari ini fasal ‘This is Johan’, bukan Malique. Walau bagaimanapun dia tetap sebahagian dari cerita saya, itu sudah tentu,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media dokumentari This Is Johan di Menara Maxis, di sini, semalam.

This Is Johan' papar kisah sebenar, Joe Flizzow harap Malique 'enjoy' jika tonton - Hiburan | mStar

Menurut Johan, walaupun sudah lama tidak berhubung, dia mengaku persahabatannya dengan Malique tidak akan pernah putus.

“Sejujurnya selepas episod perpisahan saya tak rasa ia beri kesan pada persahabatan kami.

“Kami ini ibarat air dicincang takkan putus. Sekiranya dia berpeluang menonton dokumentari ini, harapnya dia terhibur,” katanya.

Ditanya apakah yang membuatkan dia terbuka hati untuk menghasilkan dokumentari This Is Johan, Joe berkata, dia ingin menyaksikan perjalanan hidupnya ketika zaman kecil sehingga sekarang ketika dia masih hidup.

“Saya nak 20 tahun daripada sekarang saya dapat saksikan perjalanan karier saya dalam bidang seni.

“Saya tak nak lagi 30 atau 50 tahun akan datang baru nak buat dokumentari fasal saya. Saya tak nak nanti bila dah tak relevan orang cakap saya syok sendiri.

“Penghasilan dokumentari ini adalah sebahagian daripada kerja dan perjalanan hidup saya yang keluar daripada mulut saya sendiri.

“Jadi naratif itu saya yang tentukan. Kadang-kadang bila kita baca mengenai kisah seseorang ia diceritakan oleh pihak ketiga, tapi dokumentari ini saya sendiri yang hasilkannya,” katanya.

Joe Flizzow Tak Sentap Dengan Malique

Dokumentari This Is Johan bahagian satu dan dua sudah ditayangkan dan boleh ditonton di platform penstriman Viu.

Untuk rekod, Too Phat ditubuhkan pada tahun 1998 dan menjadi antara kumpulan hip hop yang mencipta fenomena pada ketika itu.

Namun pada tahun 2017, Too Phat dan mereka memilih untuk meneruskan kerjaya solo. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Tan-Ti-Ana Naskhah Raikan Penggiat Filem, Penghormatan Buat Abam Bocey

Next Post

Kontroversi La Luna, Shaheizy Sam Terbuka Terima Pandangan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sarah Suhairi Tolak Tawaran Rawatan Cerah Kulit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd