Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Jiwa Kacau 2025 Gegar Bukit Jalil, 13,000 Peminat ‘All Out’ Tanpa Henti!

30/06/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Konsert, Selebriti
Jiwa Kacau 2025 Gegar Bukit Jalil, 13,000 Peminat ‘All Out’ Tanpa Henti!

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bergema pada malam Sabtu lalu apabila lebih 13,000 peminat muzik membanjiri lokasi bagi menyaksikan Konsert Jiwa Kacau 3.0 yang berlangsung meriah lebih empat jam.

Namun sebelum persembahan bermula, pentas Jiwa Kacau terlebih dahulu menyaksikan pelancaran jenama gaya hidup baharu, NEX iaitu jenama air mineral generasi baharu yang bukan sekadar untuk menghidrat, tetapi menyuntik gaya dan tenaga ke dalam rutin harian.

Lebih istimewa, pelakon popular, Fattah Amin, diumumkan secara rasmi sebagai duta jenama NEX, sejajar dengan kempen “Hydrate to Elevate”.

Pelancaran itu turut memperkenalkan kempen “Hydrate & Win”, di mana peminat berpeluang memenangi sesi eksklusif Day Out bersama Fattah melalui pembelian produk NEX di TikTok Shop dan Shopee.

Tepat jam 8 malam, persembahan bermula dengan kumpulan The Lantis yang membuka tirai menerusi lagu-lagu popular mereka seperti Lampu Merah, Ambang Rindu, Santai dan Bunga Maaf.

Sambutan penonton terus hangat apabila band Hujan mengambil alih pentas dengan lagu-lagu seperti Di Kala Bulan Bermain Violin, Rahsia Tuhan, Kotak Hati, Bila Aku Sudah Tiada dan Aku Skandal.

Sorakan semakin rancak dengan kemunculan kumpulan legenda Spider yang membawakan tujuh lagu hit termasuk Ngam Ho, Cinta Dewa Dewi, Aladin dan Nazraku, membangkitkan nostalgia dalam kalangan peminat.

Namun, kemunculan mengejut Fattah Amin yang tampil menyanyikan lagu Tapi Bukan Aku telah mencetuskan lagi keterujaan ribuan penonton. Turut kelihatan menyokong, penyanyi Amira Othman, yang dikaitkan sebagai sahabat rapat Fattah.

Pentas Jiwa Kacau diteruskan dengan persembahan penuh emosi daripada kumpulan Kerispatih dan diikuti oleh Bunkface yang menghangatkan suasana dengan lagu ikonik seperti Malam Ini Kita Punya, Panik dan Revolusi.

Akhir sekali, kumpulan Wali Band dari Indonesia menutup malam gemilang itu dengan persembahan penuh ceria dan interaktif, termasuk lagu Cari Berkah, Yank, dan Cari Jodoh.

Keseluruhannya, Jiwa Kacau 2025 bukan sekadar konsert. Ia adalah perayaan muzik dan gaya hidup yang menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu malam penuh emosi, tenaga dan cinta terhadap muzik serantau. – BOOM!

Previous Post

Adakah Peterpan Bakal ‘Comeback’ Dengan Barisan Asal? Peminat Tak Sabar Nak Tahu!

Next Post

Lagu ‘Truth’ Katy Perry Bongkar Sebab Sebenar Perpisahan Dengan Orlando Bloom?

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Marcello Tahitoe Tampil Dengan “Setunggal”, Nafas Segar Dalam Ombak Melankolia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd