Dua anggota kumpulan popular BTS, Jimin dan Jungkook, secara rasmi menamatkan perkhidmatan wajib tentera mereka padai 11 Jun, selepas 18 bulan berkhidmat sebagai anggota aktif di Briged Artileri, Divisyen Ke-5 Infantri Tentera Darat.
Kedua-duanya menyelesaikan proses pelepasan di dalam kem sebelum bergerak ke Stadium Awam Yeoncheon di wilayah Gyeonggi, di mana mereka menyapa media dan peminat yang sudah menunggu sejak awal pagi.

Walaupun masih awal pagi, ratusan peminat setia ARMY berkumpul untuk menyambut kepulangan mereka.
Jimin dan Jungkook dilihat memberi tabik hormat dan melaungkan “Dan-gyeol!”, satu laungan kerjasama dalam ketenteraan Korea.
“Terima kasih kepada semua yang hadir.
Sudah lama saya tidak berdepan dengan kamera… saya pun tak pakai solekan hari ini, rasa malu sikit,” kata Jungkook, sambil ketawa.

Dengan RM dan V telah keluar sehari sebelumnya, dan SUGA bakal tamat perkhidmatan alternatif pada 21 Jun ini, kesemua ahli BTS kini telah selesai menjalankan tanggungjawab ketenteraan mereka.
Tamatlah fasa hiatus tentera BTS yang bermula pada Disember 2022. – BOOM!










