Bintang antarabangsa Jennifer Lopez sekali lagi menjadi tumpuan apabila dipilih sebagai watak utama dalam adaptasi muzikal filem klasik “Kiss of the Spider Woman” yang akan menemui penonton mulai 10 Oktober 2025.

Pengarah pemenang Oscar, Bill Condon, menyifatkan Jennifer sebagai pilihan paling tepat untuk menghidupkan karakter ikonik Aurora atau “The Spider Woman” — sosok penuh glamor, misteri, dan bahaya.

Filem ini menggabungkan fantasi, realiti dan muzik dramatik, berlatarkan suasana penjara yang menjadi pentas konflik watak-watak utama. Kehadiran Jennifer dijangka memberi sentuhan segar, bukan sahaja melalui kekuatan vokal dan lakonannya, malah juga aura bintang kelas dunia yang mampu menarik perhatian penonton global.

Dengan reputasi Jennifer yang masih gah selepas lebih dua dekad dalam industri hiburan, projek ini diyakini menjadi antara filem Hollywood paling dinantikan bulan depan. – BOOM!









