Imej mesra bintang Hollywood, Jennifer Aniston dengan pakar hipnoterapi, Jim Curtis yang dikongsi di Instagram mengesahkan hubungan cinta mereka.

Dalam perkongsian itu, Jennifer dilihat memeluk erat Curtis sambil tersenyum.
“Selamat hari lahir sayangku,” katanya sempena menyambut hari lahir kekasihnya itu.

Hantaran itu menamatkan spekulasi yang berlarutan selama beberapa bulan — termasuk satu hantaran dimuat naik di Instagram pada September lalu yang memaparkan Curtis membelakangi kamera di tepi pantai.
Ia juga menandakan hubungan pertama Jennifer yang didedahkan kepada umum sejak perceraiannya dengan Justin Theroux pada 2017.

Meskipun ramai peminat yang menyokong hubungan itu dalam ruang komen, interaksi paling menarik perhatian adalah apabila Theroux menekan butang tanda suka pada hantaran berkenaan. -Boom!










