Jennie menjadi sorotan utama di 40th Anugerah Golden Disc 2026 selepas memenangi beberapa trofi termasuk Daesang Artist of the Year.

Penyanyi itu naik ke podium sebanyak tiga kali, meraih kemenangan merentas kategori solo, berkumpulan, dan global, menjadikan malam tersebut cepat dikenali peminat di media sosial sebagai “pertunjukan Jennie”.
Jennie memenangi kategori utama, Digital Song Bonsang, untuk lagu solonya Like Jennie.

Berucap mengenai kemenangan itu, Jennie meluahkan perasaan gementar namun terharu kembali ke Anugerah Golden Disc serta gembira dapat bertemu peminat setia sekali lagi secara langsung.
“Sudah lama saya tidak kembali ke Anugerah Golden Disc dan saya masih gementar menerima anugerah sedemikian. Saya amat gembira dapat bertemu peminat sekali lagi,” katanya dipetik The Korea Times.

Jennie turut mewakili Blackpink menerima anugerah lagu digital terbaik, Song Bonsang bagi lagu Run.
“Saya sangat gembira lagu ini menerima diterima ramai. Jisoo, Rosé dan Lisa juga pasti sangat gembira,” katanya.

Selain itu, Jennie turut menerima Anugerah Global Impact sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang artis paling berpengaruh di peringkat antarabangsa.
Majlis berprestij itu diadakan di Taipei Dome, salah satu stadium terbesar di Asia. –Boom!









