Pelakon Tiz Zaqyah mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya yang dikenal sejak kecil.

Menurut Tiz, hubungan mereka bermula secara rapat apabila tinggal di kawasan perumahan yang sama.
“Dia bukanlah orang dalam industri, tetapi adik kepada seorang pelakon. Kami menetap di kawasan perumahan sama dan keluarga kami pun dah mengenali satu sama lain,” katanya.

Tiz, 37,menjelaskan bahawa hubungan mereka terjalin dalam suasana kekeluargaan yang akrab dan saling memahami.
“Kami mula serius sejak setahun lalu. Perasaan itu datang secara semula jadi. Kami berkawan lama dan mahu berkahwin,” katanya dipetik Harian Metro.

Namun, Tiz belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya mahupun tarikh sebenar majlis perkahwinan buat masa ini.
Tiz Zaqyah, atau nama penuhnya Siti Zaqyah Abdul Razak, mula dikenali melalui drama popular Nur Kasih dan filem Cun! -Boom!









