Perkongsian terbaru Jefri Nichol di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi apabila pelakon kacak itu dilihat mesra bersama kekasihnya, Ameera Khan.
Dalam hantaran tersebut, Ameera yang juga adik kepada Noor Neelofa, kelihatan duduk di riba Jefri sambil berpelukan erat. Namun, apa yang lebih mengejutkan netizen adalah aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera!
Selain berkongsi foto dan video romantik, Jefri turut meluahkan rasa sayangnya kepada Ameera, menegaskan bahawa kasih sayangnya tidak hanya tertumpu pada 14 Februari.
Di ruangan komen, Ameera membalas dengan penuh cinta, membuatkan peminat semakin teruja. Namun, ada juga yang kurang senang dengan kemesraan mereka, malah meminta Neelofa menegur adiknya.
Apa pendapat korang? – BOOM!