Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Jangan Ukur Dengan Duit” – Norman KRU Jawab Isu GenKRU Untung Besar

27/05/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
“Jangan Ukur Dengan Duit” – Norman KRU Jawab Isu GenKRU Untung Besar

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Konsert GenKRU yang berlangsung selama empat malam berturut-turut di Axiata Arena baru-baru ini bukan sekadar mencetus fenomena dalam industri hiburan tanah air, malah mencatat sejarah apabila KRU menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Namun, menurut anggota kumpulan KRU, Dato’ Norman Abdul Halim, kejayaan itu tidak wajar dinilai dari sudut kewangan semata-mata.

“Kami memang tak nak kejayaan GenKRU dilihat dari sudut kewangan.

Sebenarnya, kami hanya niat nak buat satu malam saja, tapi sambutan luar biasa buatkan ia ‘beranak-anak’ jadi empat malam,” katanya kepada BOOM!.

Tambah Norman, penganjuran konsert itu lahir dari semangat dan kecintaan terhadap seni, bukan semata-mata mengejar keuntungan.

“Kita buat kerana passion. Nak beri yang terbaik kepada peminat,” katanya lagi.

Meskipun begitu, timbul spekulasi kononnya konsert tersebut menjana keuntungan mencecah jutaan ringgit, sekali gus menjadi perdebatan di media sosial.

Namun, menurut Norman, angka tersebut adalah tidak tepat dan banyak datang daripada kiraan tidak rasmi oleh pihak luar.

“Sebenarnya kapasiti maksimum yang kami jual hanyalah 9,000 tiket satu malam, walaupun Axiata Arena boleh memuatkan 15,000 penonton.

Angka ‘jutaan’ itu bukan datang dari kami,” katanya sambil menjelaskan bahawa pengurusan keuntungan dan spekulasi itu diserahkan kepada penganjur, ICON Entertainment.

Walaupun begitu, Norman tidak menafikan bahawa populariti KRU semakin melonjak hasil daripada perhatian media dan netizen.

Sementara itu, Norman yang juga Presiden KRU Studios ditemui selepas majlis pelancaran Fiesta Ulang Tahun Wetland Studios Putrajaya, sempena dua tahun penubuhannya sejak dibuka pada 26 Mei 2023. Taman tema itu kini berada sepenuhnya di bawah pengurusan KRU Studios sejak 2023.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, bersama tetamu kehormat seperti Dato’ Fadlun Mak Ujud (Presiden Perbadanan Putrajaya), ACP Aidi Sham Mohamad (Ketua Polis Putrajaya), En Junady Nawawi (CEO TERAJU) dan Pn Wan Zawiyah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan PTPTN).

Terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya, iaitu tanah lembap buatan manusia terbesar di rantau tropika yang diiktiraf oleh UNESCO, Wetland Studios tampil dengan konsep didik hibur melalui gabungan teknologi animatronics, realiti maya (VR), dan kecerdasan buatan (AI).

Dengan lebih 350,000 pengunjung dicatatkan dalam tempoh dua tahun, Wetland Studios kini menjadi destinasi pelancongan keluarga yang semakin popular.

Fiesta Ulang Tahun Wetland Studios Putrajaya yang berlangsung dari 29 Mei hingga 9 Jun 2025 akan turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan maskot Zan Orangutan & KiKaKo Kids, permainan “Mixed Reality” dengan teknologi Holobox, Fotografi AI, serta Pertandingan Seni Kreatif dengan kerjasama PTPTN. – BOOM!

Previous Post

“Saya Tidur Berdiri Di Lokap..” – Yassin Yahya Dedah Detik Hitam Ditahan Di Jeddah

Next Post

Luna Maya Serah Takhta “Presiden Jomblo Indonesia” Kepada Raline Shah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Laki Pun Ada…” – Gara-Gara Selalu Tayang Badan, Ramai DM Noki K-Clique Gambar Lucah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd