Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa kecewa apabila kisah silamnya kembali diungkit di media sosial sehingga menimbulkan kebencian yang tidak perlu.
Menerusi hantaran di Instagram, Sherry menegaskan dia sudah lama berdamai dengan masa lalunya dan berharap agar orang ramai berhenti menyebarkan perkara yang tidak benar.
Sherry berkata, setiap orang mempunyai kisah silam tetapi ia bukan alasan untuk digunakan sebagai senjata menyerang seseorang.
Menurutnya, dia sendiri sudah reda dan menerima takdir hidup, justeru tidak wajar jika ada pihak terus menambah kebencian.
Pelakon berusia 42 tahun itu juga menafikan andaian bahawa statusnya yang belum berkahwin menandakan dia tidak bahagia.
Sebaliknya, dia menegaskan kebahagiaan tidak semestinya terletak pada perkahwinan dan menyerahkan segala urusan hidup kepada Allah SWT.
“Sherry reda dan berserah. Saya juga selalu doakan yang terbaik untuk semua serta percaya pada takdir dan proses Allah SWT.
Cuma kadang-kadang sumpah, memang sedih dan penat,” katanya.
Dalam masa sama, Sherry menyeru agar masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu semasa yang lebih penting berbanding menyerang kehidupan peribadi orang lain.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokongnya dengan kasih sayang. – BOOM!
Sumber: Instagram Sherry Ibrahim









