Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Jangan Eksklusifkan Lagu Nasyid!” – Hafiz Hamidun Sokong Alyah, Bantah Azadan

15/09/2022
Melly Milloleh Melly Mill
in Ekstra, Selebriti
“Jangan Eksklusifkan Lagu Nasyid!” – Hafiz Hamidun Sokong Alyah, Bantah Azadan

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC dan juga komposer terkenal, Hafiz Hamidun berpandangan bahawa lagu ketuhanan adalah terbuka untuk semua golongan penyanyi tanpa mengira latar belakang.

Justeru menurut Hafiz, adalah tidak wajar untuk meletakkan hak eksklusif menyanyikan lagu genre sebegitu hanya kepada penggiat nasyid sahaja.

Hafiz antara juri profesional yang menjurikan AIM 23.

“Jangan eksklusifkan lagu nasyid hanya untuk penggiat nasyid, kita patut jemput semua orang menyanyikan lagu nasyid.

“Tidak semestinya jika penyanyi yang tidak bertudung tidak boleh menyanyi lagu ketuhanan kerana syurga adalah untuk semua orang,” ujar Hafiz yang ditemui pada sidang media konsert REUNIC The Finale di Menara Kuala Lumpur.

Isu berkenaan timbul selepas anggota kumpulan Rabbani, Azadan menerusi media sosial mempertikaikan kemenangan Datin Alyah Hasan menerusi lagu Thank You Allah dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23).

Azadan mencadangkan agar ada kategori baharu untuk penyanyi nasyid.

Bahkan Azadan turut mencadangkan agar diwujudkan kategori Lagu Religi Terbaik dalam AIM kerana berbeza dengan nasyid.

Diminta mengulas hal berkenaan, Hafiz berpandangan tidak ada keperluan untuk mewujudkan kategori tersebut kerana isi kandungannya tetap sama.

“Tidak perlu pun untuk membahagikan atau membezakan lagu religi dan lagu nasyid sebab terasnya sama iaitu lagu tentang ketuhanan.

“Jika begitu, kumpulan Rabbani tidak boleh menyanyikan lagu patriotik atau irama Malaysia kerana itu bukannya genrenya? Tidak bolehlah begitu.

“Di Indonesia tiada istilah lagu nasyid seperti di sini. Sebaliknya, semua penyanyi wajib ada lagu religi untuk disiarkan ketika bulan Ramadan.

Lagu Thank You Allah dicipta ketika Alyah menunaikan umrah.

“Bagi saya itu satu polisi yang bagus, Malaysia juga patut melakukan perkara yang sama. Jadi buat apa hendak letakkan sempadan atau halangan pada genre lagu, biarlah irama nasyid itu diraikan oleh semua orang,” tutur Hafiz.

Menyentuh tentang kemenangan lagu Thank You Allah dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik, Hafiz menjelaskan, tiada isu perlu dibangkitkan kerana karya ciptaan Alyah, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu dinilai oleh juri profesional termasuk dirinya.

Sementara itu, Hafiz bakal muncul bersama kumpulan UNIC dalam konsert REUNIC The Finale yang diadakan sempena ulang tahun ke-20 kumpulan nasyid tersebut di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Oktober depan. – BOOM!

Previous Post

Sengaja Cari Fasal, Personaliti TV Jelita Digantung Tugas Sebab Langgar Kontrak

Next Post

Dilantik Duta Anti-Scam Paling Muda, Jay Nazif Bangga Atas Kepercayaan Diberi PDRM

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam AF Buat Comeback,  Umum Fasa Muzik  Lebih Matang

    Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ziana Zain Tidak Ambil Peduli Komen Negatif

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Media Sosial Punca Wanita Muda Obses Pembedahan Plastik – Kate Winslet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Model Korea, Kim Jong Suk Meninggal Dunia Secara Mengejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Baru Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd