Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Jaclyn Victor Hadirkan ‘Sesal Tak Bermakna’ Menjelang Konsert Solo Pertama

27/08/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Musik, Selebriti
Jaclyn Victor Hadirkan ‘Sesal Tak Bermakna’ Menjelang Konsert Solo Pertama

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Menjelang hari bersejarah untuk Jaclyn Victor dengan konsert solonya yang pertama, Jaclyn Victor First Solo Concert, di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2024, penyanyi prolifik ini hadir dengan cenderahati istimewa buat peminatnya.

Lagu terbarunya, “Sesal Tak Bermakna”, menjadi hadiah yang dinanti-nantikan oleh peminat dan pemerhati muzik tempatan.

Lagu ini merupakan hasil sentuhan penerbit terkenal, Gerald Sellan dan Mux Ryzor, dengan gabungan idea dari Adrian Puan bersama Gerald sebagai komposer. Lagu ini telah menemui peminat pada 23 Ogos 2024.

Walaupun judulnya, “Sesal Tak Bermakna,” mungkin memberi gambaran penyesalan terhadap kesilapan masa lalu, Jaclyn, 45, melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Penyanyi yang terkenal dengan kemampuan vokal tinggi ini berharap peminat juga akan melihat sisi baru dirinya selepas lebih dua dekad berkecimpung dalam industri muzik.

Menerusi “Sesal Tak Bermakna,” yang dibalut dalam genre balada pop dengan melodi piano melankolis, Jaclyn menggambarkan semangat yang perlu ada dalam setiap individu setelah mengalami sesuatu yang kurang baik.

“Mungkin bunyi “Sesal Tak Bermakna” seperti satu penyesalan terhadap perbuatan yang telah dilakukan, tapi versi single kedua saya ini adalah tentang bagaimana seseorang belajar dari apa yang berlaku dan berusaha menjadi lebih baik pada masa depan,” kata Jac.

Secara ironi, “Sesal Tak Bermakna,” yang merupakan single kedua selepas kejayaan “Kejutkan Aku,” membawa kisah tentang kebangkitan seseorang selepas cinta yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

“Sesal Tak Bermakna adalah sebuah lagu cinta yang mengajar kita meneroka dan mengatasi penyesalan serta memaafkan diri sendiri. Saya percaya kepada peribahasa ‘apa yang tidak membunuhmu, menjadikanmu lebih kuat.’ Dan itulah semangat yang ada dalam lagu ini,” tambah Jac.

Menariknya, dalam muzik video “Sesal Tak Bermakna,” Jaclyn kembali mempamerkan bakat lakonannya, menjadikannya pemeran utama dalam video tersebut. Sebelum ini, Jac pernah berlakon dalam filem Talentime pada tahun 2009.

Selain daripada pelancaran lagu ini, Jaclyn Victor juga teruja untuk menyambut ribuan peminat bagi merayakan ulang tahun ke-20nya dalam industri seni menerusi Jaclyn Victor First Solo Concert yang dibawa oleh Rag Doll Records dan disokong oleh CUCKOO serta KAIMIRRA.

Pada malam 12 Oktober 2024 di Zepp KL, “Sesal Tak Bermakna” akan dinyanyikan bersama lagu-lagu lain yang telah mengharumkan nama Jac, bukan sekadar sebagai pemenang program realiti televisyen, tetapi sebagai permata seni yang patut dibanggakan.

“Saya sangat tidak sabar menanti hari besar dan bersejarah ini, Jaclyn Victor First Solo Concert pada 12 Oktober 2024 di Zepp KL. Konsert solo ini akan menjadi medan pertemuan intim dengan peminat dan tanda cinta serta apresiasi saya kepada mereka yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seni saya selama dua dekad ini,” ujar Jac penuh rasa teruja.

Konsert tersebut akan diketuai oleh karyawan seni terkenal, Genervie Kam, yang diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik bersama barisan pemuzik handalan tanah air.

Untuk tidak terlepas menyaksikan Jaclyn Victor First Solo Concert, dapatkan tiket berharga dari RM258 hingga RM888 yang sudah mula dijual di www.livepass.asia. – BOOM!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Previous Post

‘Darah Daging Sendiri Panggil Aku Anj**g..’ – Karl Shafek

Next Post

Zarina Zainuddin Sebak Baca Komen, Dedah Cabaran Mendidik Azal Tentang Batas Diri

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Adakan Siri Jelajah Album Di Hard Rock Cafe Melaka, Amir Masdi Janji Persembahan ‘A Class’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Patutlah Ramai Jejaka Muda Meminatinya” – ‘Dibuang’ Vida, Iqbal Cuba Dekati Rossa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bakal Terbit Filem KL Gangster 3, Syamsul Yusof Cari Dua Aktor Hebat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Ada Hak Bersuara!” – Thalia Rasul Pertikai Kredibiliti Juri ATNMY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Akui Kesal Tonton Filem Porno Sejak Usia 11 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Kenal Dia” – Nabila Tak Percaya Sharnaaz Ahmad Bersalah Dalam Kes Ugut Dan Pukul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd