Selepas dibebaskan daripada empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia politik.
Menerusi satu klip tular di TikTok, Syed Saddiq meluahkan hasratnya untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang perjuangannya.
@scha…..a saya x simpan dendam -ybss #syedsaddiq #bellaastillah #BASS ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama
“Izinkan saya mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah…
untuk uruskan kehidupan peribadi saya yang selama ini saya letakkan ke tepi demi kepentingan negara di hadapan,” katanya dalam siaran langsung TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna.
Tambah beliau, keputusan ini bukanlah bermaksud dirinya akan meninggalkan dunia politik sepenuhnya atau meminggirkan rakyat Malaysia.
“Saya tidak akan lari daripada perjuangan.
Selepas ini, perancangan-perancangan yang lebih besar akan diumumkan dalam masa terdekat,” tambahnya.
Pengumuman ini hadir selepas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan beliau daripada sabitan dan hukuman penjara serta denda yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. – BOOM!









