Malam penuh gemilang di Seoul International Drama Awards 2025 menjadi saksi apabila drama popular ‘When Life Gives You Tangerines’ lakonan IU dinobatkan sebagai pemenang utama. Drama ini berjaya merangkul gelaran Drama Korea Terbaik, sekali gus meneguhkan statusnya sebagai salah satu karya paling berpengaruh tahun ini.

Lebih manis, IU sendiri diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, mengatasi beberapa calon hebat lain. Kemenangan ini bukan sahaja mengiktiraf lakonannya yang penuh emosi dan berkesan, malah mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang K-Drama yang versatil selepas kejayaan luar biasa dalam industri muzik.

Di media sosial, nama IU pantas trending dengan ribuan peminat dari seluruh dunia menzahirkan rasa bangga. Ramai memuji keberkesanan skrip, sinematografi, serta kejujuran lakonan IU yang membuatkan penonton benar-benar terbawa dengan kisah hidup penuh liku watak yang dibawanya. – BOOM!









