Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Isteri Dituduh Keguguran Kerana Kifarah Kes Rogol, Da’i Syed Ambil Tindakan Undang-Undang

28/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Isteri Dituduh Keguguran Kerana Kifarah Kes Rogol, Da’i Syed Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Dilemparkan kenyataan berbaur fitnah oleh dua netizen, pendakwah selebriti bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Dua netizen tersebut yang dikenali sebagai Nurul Atiqah dan Ainun Najwa didakwa memfitnah Syed di media sosial.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berkata tindakan tersebut diambil selepas tular satu video disifatkan sebagai kenyataan berbaur fitnah yang dikongsi meneruai akaun TikTok @cempakasuri97 milik Nurul Atiqah.

“Video tersebut mengandungi perkara-perkara yang tidak benar yang ditujukan terhadap saya.

“Penyataan-penyataan di dalam video tersebut merujuk saya sebagai pelaku sama seperti di dalam kenyataan oleh polis yang terkandung bersama di dalam video tersebut.

“Saya juga dikatakan sebagai masih berhutang dengannya disebabkan kes tersebut. Dia juga mengaitkan peristiwa keguguran kandungan isteri saya sebagai kifarah yang saya terima disebabkan kes tersebut,” katanya.

Syed menjawab mengenai perkara itu semasa sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada petang Isnin.

Sebelum ini, pemilik akaun berkenaan memuat naik video berdurasi 21 saat memaparkan keratan akhbar kenyataan bekas Ketua Polis Daerah Shah Alam, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berhubung dakwaan merogol pada tahun 2020.

Wanita itu berkata keguguran dialami oleh isteri Syed iaitu Hana Ismail adalah disebabkan balasan atas perbuatan yang dilakukan pendakwah itu.

“Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya.

“Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dalam kecelakaan sehingga kata maaf daripada mulutmu terucap,” tulis individu berkenaan di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Syed memaklumkan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu iaitu Ainun Najwa pula dibuat berhubung satu muat naik berbentuk fitnah di laman X (Twitter).

Jelas Syed, dia telah membuat laporan polis terhadap Ainun Najwa pada tahun 2021, namun individu berkenaan masih berterusan membuat fitnah tidak benar.

“Saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya sebelum ini.

“Laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannya yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” ujarnya.

Dalam sidang media berkenaan, Syed turut ditemani isterinya Hana Ismail dan peguam Syed Amirul Syed Edros.

Pada April lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor melepaskan dan membebaskannya Syed daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.

Sementara itu, peguam Syed Amirul Edros yang mewakili Syed berkata mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie sekali gus membebaskan anak guamnya daripada tuduhan jenayah seksual. – BOOM!

Sumber: MSTAR

Previous Post

Anak Tak Menang Pidato Di Vietnam, Bell Tetap Bangga!

Next Post

Ucapan Motivasi Khairul Aming Kepada Content Creator Muda | Nazim Othman Pakai Crown | Da’i Syed Saman Pemfitnah

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    [V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sukar Berkarya Di Brunei, Aziz Harun Sudah Dua Tahun Pindah Ke Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Kugiran Malaysia Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shamsul Ghau Ghau Makin Pulih, Jalani Fisioterapi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bodoh Sangat, Budaya Orang Pun Nak Kecam – Baby Shima

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tak Sembunyi Lagi! Bonda Rozita Akhirnya Dedah Foto Suami Baharu Di Makkah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Setiap Orang Ada Ujian – Bella Dowanna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ellie Goulding Dedah Serangan Panik Halang Tinggalkan Rumah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seohyun Dikecam Guna Status Selebriti Buat Persembahan Biola Solo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd