Sub-unit popular Red Velvet, IRENE & SEULGI, bakal mengadakan konsert solo pertama mereka di Malaysia menerusi 2025 IRENE & SEULGI Concert Tour [BALANCE] in KUALA LUMPUR pada 13 September 2025 (Sabtu), jam 3 petang bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert ini dibawakan oleh FriedRice Entertainment dan ACO MEDIA serta menjadi penutup bagi destinasi Asia Tenggara dalam siri jelajah tersebut.

IRENE & SEULGI yang memulakan kerjaya sebagai duo pada Julai 2020 menerusi lagu hit “Monster”, baru sahaja membuat comeback selepas hampir lima tahun dengan mini album baharu bertajuk “TILT” pada Mei lalu.
Menerusi konsert ini, peminat akan berpeluang menyaksikan persembahan lagu-lagu terkini secara live buat pertama kali di Malaysia, selain menikmati persembahan penuh bertenaga dan chemistry luar biasa mereka di pentas.
Pendaftaran untuk Pra-jualan Keahlian ReVeluv (Weverse) akan dibuka dari 8 Ogos 2025, 12 tengah hari hingga 10 Ogos 2025, 12 tengah hari.
Pra-jualan pula akan bermula 13 Ogos 2025, 12 tengah hari – 11.59 malam.
Manakala, jualan umum akan dibuka pada 14 Ogos 2025, 12 tengah hari melalui my.bookmyshow.com. – BOOM!









