Irene, anggota kumpulan K-pop terkenal Red Velvet, dilaporkan tergelincir ketika menuruni tangga pentas dalam acara 2025 Korea Grand Music Awards. Kejadian itu menyebabkan dia terjatuh di atas pentas.

Ketika dia berjalan pulang, gaunnya yang panjang menyukarkannya mengangkat langkah, menyebabkan dia tergelincir.
Seorang kru pantas membantu dan membantunya bangun semula, sementara netizen menyuarakan rasa risau, namun lega kerana dia tidak mengalami kecederaan serius.

Insiden ini mengejutkan peminat, yang segera menunjukkan keprihatinan dan sokongan ramai terhadap Irene walaupun berlaku kecelakaan kecil di pentas.
“Harap dia okay,” ujar netizen.
“Syukurlah dia selamat” ujar seorang lagi netizen.

Terdapat juga reaksi peminat yang mengatakan Irene tetap cantik walau terjatuh pentas di media sosial.
“Terjatuh pun tetap cantik.”
Insiden ini menjadi sebahagian daripada peristiwa yang menarik perhatian ramai, kerana Irene dikenali sebagai seorang pemimpin kumpulan yang anggun dan profesional.

Sebelum ini, dia juga pernah menghadapi beberapa kecelakaan di pentas dan masalah peralatan, namun dia tetap tenang dan terus menyelesaikan persembahan dengan baik.
Kejadian ini sekali lagi menyedarkan peminat tentang bahaya pentas dan pentingnya keselamatan semasa persembahan langsung. –Boom!









