Pempengaruh dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkongsi pengalaman mendebarkan ketika pertama kali berlakon dalam drama Perempuan Itu, sehingga membuatkan aktor terkenal Zul Ariffin hilang sabar pada hari pertama penggambaran.

Iqbal berkata ketika itu dia masih baru dan bergelut menghafal skrip manakala pelakon gandingannya ketika itu adalah Zul dan aktres Mimi Lana.
“Hari pertama tu sampai hilang sabar Zul Ariffin keluar sebab saya tak dapat hafal skrip. Akhirnya masa shooting tu mereka letak skrip dekat atas meja,” katanya di Threads.

Namun keadaan bertambah baik selepas Iqbal mengambil keputusan untuk menyertai kelas lakonan kendalian pelakon berpengalaman Ogy Ahmad Daud, bagi memperbaiki kelemahan asasnya.
“Selepas beberapa kali shooting, saya terus pergi ambil kelas Ogy Ahmad Daud dan semua jadi lancar shooting 30 hari,” katanya.

Menurut Iqbal, pengalaman itu sangat mencabar kerana dia terus diberi watak besar, namun ia menjadi titik penting dalam membina keyakinan dan disiplin lakonannya. –Boom!










