Pelakon Intan Najuwa meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isu penderaan bayi oleh pengasuh yang kebelakangan ini tular di media sosial.

Menurutnya, perbuatan kejam terhadap bayi tidak berdosa tidak boleh diterima dan wajar dikenakan hukuman setimpal tanpa kompromi.
Intan turut menggesa pihak berkuasa memperketatkan saringan serta ujian kesihatan mental terhadap individu yang ingin bekerja sebagai pengasuh, khususnya melibatkan penjagaan bayi.

Katanya, aspek mental dan emosi amat penting kerana pengasuh memikul tanggungjawab besar terhadap keselamatan anak orang lain.
“Sekarang ni cerita dia, kalau nak jadi pengasuh, pastikan kesihatan mental awak baik dan benar-benar mampu menjaga kanak-kanak, terutamanya bayi. Kalau tak mampu, cari kerja lain. Jangan aniaya anak orang,” katanya di media sosial.

Luahan emosinya turut disertakan dengan kenyataan keras, meluahkan kemarahan terhadap penderaan bayi, menuntut penangkapan, hukuman setimpal dan pemenjaraan pelaku demi keadilan serta keselamatan kanak-kanak terjamin.
“Tolong eh tangkap semua muka muka ni. Lepastu tonyoh balik muka mereka macam mana mereka buat pada bayi-bayi yang tak bersalah tu. Marah betul aku. Lebih baik mereka dipenjarakan,” katanya

Intan berharap kesedaran masyarakat meningkat dan tindakan tegas diambil demi melindungi kanak-kanak. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



