Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ini Baru Real Anak Seni!” – Hattan Tampil Konsert Solo Hebat Selepas 35 Tahun Dalam Industri

06/06/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Konsert, Musik, Selebriti
“Ini Baru Real Anak Seni!” – Hattan Tampil Konsert Solo Hebat Selepas 35 Tahun Dalam Industri

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Memilih untuk berada dalam perut Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berbanding dua konsert berskala hampir sama, adalah pilihan tepat menadah telinga pada sebuah persembahan hebat seorang anak seni bernama Mohd Shukri Shahabudin.

Lebih dikenali dengan nama Datuk Hattan, ternyata beliau punya wibawa tersendiri bergelar anak seni dalam menelusuri 35 dalam koordinat industri seni tempatan.

Hattan tidak cakap kosong pada siri sembang-sembangnya mengenai industri sama ada di kerusi juri mahupun media sosialnya kerana beliau berjaya menterjemahkan konsert yang dipandunya secara solo dengan kemas pada kelas tersendiri.

“Saya tunggu selama 35 tahun untuk konsert solo ini. Alhamdulillah malam ini saya berdiri di atas pentas ini.

“Terima kasih kepada semua yang selalu ada, member, saudara, keluarga dan peminat,” katanya membuka kata sebelum menyampaikan lebih 20 lagu pada malam konsertnya itu.

Datuk Hattan menunggu selama 35 tahun untuk konsert solo.

Membuka pentas dengan Biso Bonar, anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan terus kemas melontarkan satu demi satu lagu nyanyiannya sambil mengimbau sejarah bergelar anak seni.

Hattan seorang figura yang tahu apa yang diimpikan dan tekad menyusun langkah untuk menggapainya.

Pastinya, berkat restu ibu juga antara faktor seorang Hattan itu terus kekal dalam radar seni sehingga ke hari ini.

“Saya masih ingat saya bukan anak orang senang. Ibu saya sanggup beri saya RM20 untuk hajat saya ke kota dan bergelar penyanyi.

“Jumlah duit itu banyak dan saya tahu mungkin untuk beli lauk dan beras keluarga. Tapi Mak kan dia tahu anak dia,” cerita pelantun lagu malar segar Rendang Tak Berbuah ini.

Datuk Hattan menyampaikan lebih 20 buah lagu.

Banyak juga lagu menarik dengan nyawa soul dan blues termasuk Kelentong Dol Hancing disampaikan.

Beliau juga berkongsi ‘fun fair’ ialah YouTube bagi generasi sebelum ini berkongsi bakat mereka.

“Dulu fun fair macam YouTube dan bila ingat show di fun fair macam-macam hal berlaku termasuk kena tipu.

“So bila kami marah kami luahkan pada lagu. Tulah lahirnya lagu kena kencing tu,” katanya.

Hattan turut berkongsi beberapa kisah menarik termasuk lagu popular berjudul Tiara yang asalnya mahu dirakamkan olehnya namun dipulangkan kembali kepada kumpulan berkenaan.

Alunan suaranya menyampaikan lagu itu juga serasi pada telinga penulis dan tidak keterlaluan andai dikatakan lagu berkenaan juga akan popular sekiranya dihiasi vokal Hattan.

Lelaki berusia 57 tahun ini gah dalam usianya tanpa lekang mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang banyak menjadi faktor kejayaannya sebagai penyanyi termasuk mereka yang telah dijemput Allah.

Nama Datuk M. Nasir dan arwah Loloq antara yang berkali-kali disebut serta peminat yang menjadi tulang belakangnya.

“Tak payah sembanglah, tanpa mereka semua ini siapalah kita,” katanya merendah diri.

Pujian sekali lagi juga harus diberikan buat pasukan konsert ini yang dibawakan oleh Mewah Events dalam semua sudut termasuk pilihan lagu serta sistem bunyi konsert itu.

Penampilan Hattan juga sesuai serta kenal dengan kredibiliti serta konsertnya.

Keseluruhannya, Konsert Hattan 35 Years Journey satu naskhah indah bagi insan yang memilih untuk berjuang bergelar anak seni.

Hattan, Tabik Tok! – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Saya Straight!” – Gara-gara Fesyen Crop Top, Saufi Ramli Dilabel Lelaki Lembut

Next Post

[VIDEO] Baru Kenal Dua Bulan, Shahir Zawawi Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Depan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Kardashian Tersinggung Kanye Tuduh Reka Rompakan Di Paris

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira, Shahir ‘Bersatu’ Dalam OST Sekuel Duyung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Corrie Sampaikan Pesanan Kepada Mualaf Bertatu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KRU Umum Fasa Pembangunan Magika Studio Masuk Fasa Komersialisasi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli Akui 2025 Tahun Duka Meskipun Rezeki Melimpah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Asma’ Harun Beri Teguran, DOLLA Makin Parah, Memalukan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd