Bekas penyanyi Ina Naim meluahkan kebimbangan terhadap sikap anak sulungnya, Ehmad Hadi (Hadie) Alfardi sejak tamat program Talk To My Manager (TTMM) baru-baru ini.

Hadie mengundang perhatian apabila didapati bermalam di rumah Audra, anak kepada pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah.

Ina mengakui tidak senang dengan batas pergaulan anaknya teman rapat yang juga anak kepada pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah, Audra.
“Kalau arwah ayah dia ada, dia pasti akan baling kerusi,” luahnya di media sosial.
Kata-kata itu jelas menunjukkan keprihatinan seorang ibu yang tidak mahu anaknya tersasar daripada landasan agama dan nilai keluarga.

Selain menasihati Hadi agar menjaga agama dan batas pergaulan, Ina turut mendedahkan bahawa dirinya semakin tertekan apabila menerima banyak komen daripada netizen yang menegur cara didikannya.
“Setiap hari ada sahaja yang Direct Message saya kata anak tak boleh jadi itu, ini,” katanya..

Bagi memastikan anaknya terus berada di landasan yang betul, Ina mengambil keputusan untuk memenuhi jadual Hadie dengan aktiviti yang bermanfaat, termasuk program keagamaan dan kemasyarakatan. –Boom!









