Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Ikut Jejak Ayah, Restu Van Houten Intai Peluang Perkenal Bakat Seni Di Malaysia

27/01/2023
Abang Deeoleh Abang Dee
in Global, Konsert, Selebriti
Ikut Jejak Ayah, Restu Van Houten Intai Peluang Perkenal Bakat Seni Di Malaysia

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Membesar dalam keluarga berdarah seni barangkali membuatkan umum berfikir Restu Van Houten tidak berdepan laluan sukar untuk membina nama dalam industri muzik.

Hakikatnya, Restu selesa berdikari tanpa perlu bergantung kepada populariti ayahnya kerana itu memberikan lebih kepuasan buat jejaka berusia 17 tahun itu.

Restu anak sulung kepada Charly.

Restu atau nama lengkapnya Mohammad Restu Gibran Van Houten adalah anak sulung vokalis Setia Band, Charly Van Houten dan Shinta Regina.

Dilahirkan pada 24 September 2005, Restu mengakui, sejak kecil dia sering melihat ayahnya menyanyi dan berkarya, malah kerap menemani bekas vokalis ST12 itu ke konsert.

“Membesar dalam lingkungan pemuzik membuatkan darah seni turut mengalir dalam diri. Namun, ayah tidak pernah memaksa saya mengikut jejak langkahnya.

“Cuma, saya akhirnya membuat pilihan untuk bergerak sebagai pemuzik secara profesional. Ia pilihan sendiri, tiada paksaan daripada sesiapa,” katanya.

Restu berkata, meskipun tidak dibimbing secara berterusan, bapanya sentiasa mendokong apa juga usaha yang dilakukannya. Malah untuk single perdananya, Saranghaeyo yang diperkenalkan pada 25 Mac 2022, ayahnya bertindak sebagai penerbit di samping KGS M. Ipul.

“Ayah merupakan pendukung terbesar saya. Dia sering menitipkan pesanan supaya saya fokus dan terus berkarya, meskipun nanti perjalanan saya berdepan dugaan serta rintangan.

“Secara jujur, karya ayah banyak mempengaruhi kerana sejak kecil, saya sudah ‘didoktrin’ dengan muzik yang dibawanya bersama ST12 dan Setia Band.

“Namun, saya juga punya kecenderungan dan rujukan muzik yang tersendiri. Itu yang cuba saya gabungkan dalam karya yang saya hasilkan,” katanya yang memperkenalkan single kedua, Jangan Ada Kata Pisah pada November lalu.

Bernaung di bawah label berpengaruh, Trinity Optima, Restu berkata, dia hanya mencuba nasib apabila mengajukan karya yang dihasilkannya kepada syarikat rakaman tersebut.

“Alhamdulillah, ia diterima, biarpun terpaksa menunggu agak lama. Hampir setahun saya menanti sebelum mendapat respons daripada syarikat rakaman.

“Bersama mereka, saya ingin mencuba sesuatu yang baharu dan membentuk identiti muzik Restu Van Houten sendiri tanpa dipengaruhi penyanyi sedia ada,” katanya.

 

Belajar di pesantren

Bercerita mengenai sisi peribadinya, anak sulung daripada dua beradik ini mengakui, ketika kecil dia agak pemalu dan suka menyendiri. Sifat itu berlanjutan sehingga dia memasuki sekolah rendah.

Meskipun meminati muzik, namun bakatnya tidak ke arah itu. Restu sebaliknya, lebih aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak, renang dan badminton.

Sokongan keluarga membuatkan Restu semakin yakin meneruskan langkahnya sebagai anak seni.

“Apabila memasuki sekolah menengah, saya memutuskan untuk ke pesantren Darussalam. Di situ, saya belajar ilmu agama dan mengenal erti kehidupan.

“Malah, di situ juga hasrat untuk bermuzik turut bertunas. Saya mula menghasilkan lagu, belajar hal-hal berkaitan rakaman sehingga saya memasuki sekolah tinggi.

“Saya seterusnya mengambil keputusan pulang ke Bandung kerana situasi ketika itu tidak kondusif disebabkan pandemik. Saya cuba buat lagu dan akhirnya terhasil Saranghaeyo. Apabila diajukan kepada Trinity Optima, Alhamdulilah diterima,” katanya.

Wadah untuk berkarya

Menyifatkan muzik sebagai wadah untuk berkarya, Restu berkata, sokongan keluarga membuatkan dia semakin yakin meneruskan langkahnya sebagai anak seni.

Akuinya, sebagai anak kepada Charly, dia bersyukur diberikan kemudahan dan kelancaran untuk menentukan arah serta haluannya sebagai pemuzik. Situasi itu, bagaimanapun kata Restu, ada ketika membuatkan dia sedikit terbeban.

“Saya tidak lari daripada dibayangi ayah. Itu fakta kerana Charly adalah bapa saya. Apa yang mampu saya lakukan adalah buktikan kemampuan dan berdiri atas kekuatan bakat sendiri.

“Saya yakin dengan bakat yang saya ada. Alhamdulillah, awal perjalanan saya bermula mulus, tetapi itu belum membuatkan saya puas dengan apa yang telah dicapai.

“Saya mahu memberikan lebih lagi dan menghasilkan karya yang bagus untuk mengangkat nama Restu Van Houten pada posisi lebih aman,” katanya.

Konsert ST12 Reunion – 20 Tahun Charly Berkarya

Pada usia pembabitan yang masih setahun jagung, Restu bertuah apabila diberi penghormatan untuk turut sama beraksi dalam Konsert ST12 Reunion -20 Tahun Charly Berkarya yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Mac depan.

Bakal beraksi bersama Firman Siagian dan dua penyanyi terkenal Malaysia iaitu Jaclyn Victor serta Ezad Lazim, konsert itu kata Restu menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan bakatnya kepada peminat muzik di negara ini.

“Saya berharap karya saya dapat dinikmati dan diterima penggemar muzik di Malaysia. Ia ruang terbaik untuk saya membuktikan bakat.

“Sebagai penyanyi baharu, saya terpacu dan bersemangat memberikan karya terbaik untuk dinikmati pencinta muzik di dalam dan luar Indonesia.

“Ayah sering bilang, saya harus menjadi anak lelaki yang bertanggungjawab dan tetap fokus dalam apa yang saya usahakan. Itu yang akan saya buktikan pada konsert itu nanti,” katanya.

Tiket Konsert ST12 Reunion – 20 Tahun Charly Berkarya berharga RM99, RM152, RM252 dan RM282 boleh diperoleh menerusi laman web: www.ticket2u.com.my. – BOOM!

Previous Post

[V] Kongsi Pengalaman Jumpa Bomoh Siam, Safiey Illias Dikecam Netizen – “Bertaubatlah…!”

Next Post

Berkongsi Pentas Dengan NCT DREAM, Dolla Janji Pamerkan Aksi Luar Biasa Dan Berbisa

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ashton Kutcher & Mila Kunis Tampil Mesra Di Konsert, Tepis Spekulasi Rumah Tangga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd