Penyanyi dangdut harus bijak dalam memilih dan menyampaikan lagu, terutama karya yang mempunyai elemen maksud tersirat supaya tidak disalah tafsir pendengar, kata penyanyi, Ifa Raziah.

Menurut Ifa, kewujudan lagu berunsur double meaning bukan perkara baharu dalam industri muzik, sebaliknya sudah lama wujud.
“Terus terang saya cakap, lagu yang ada elemen double meaning memang sudah lama ada. Bezanya sekarang, media sosial buat perkara itu jadi lebih besar,” katanya kepada Boom!

Beliau mengulas demikian ketika ditanya isu lirik lucah membabitkan penyanyi Baby Shima yang mencetus polemik dengan lagu berjudul Masuk Lagi baru-baru ini.
Ifa, 50, menjelaskan, lirik seperti “basah baju kita, basah hati kita, mesranya berpayung daun pisang, walau basah bajuku, rela aku rela” boleh dianggap biasa dalam konteks hiburan dan penceritaan lagu.

Ifa beranggapan penyanyi seperti Baby Shima menyampaikan lagu tersebut semata-mata sebagai karya hiburan, bukan bertujuan mengajar atau mempromosikan perkara negatif.
“Tafsiran itu datang daripada pendengar sendiri. Apa yang pendengar visualkan, kalau pemikiran bersih, bersihlah. Kalau otak dia lucah, lucahlah jadinya,” katanya.

Tambahnya, pemikiran dan cara seseorang memahami mesej lagu memainkan peranan penting dalam menilai sesuatu karya seni.
“Kena faham cerita yang nak disampaikan. Di situlah pentingnya kebijaksanaan penyanyi dangdut dalam membawa lagu, bukan sekadar nyanyi tetapi faham mesej dan konteks,” katanya.
Ifa juga senada dengan pandangan Ani Mayuni yang menyifatkan penyanyi tidak sentiasa mempunyai kuasa untuk memilih lagu kerana kebanyakannya ditentukan oleh syarikat rakaman.

Menurutnya, realiti industri muzik sememangnya memperlihatkan penyanyi tidak mempunyai kuasa penuh, namun situasi itu kini semakin berubah apabila artis lebih berani bersuara dan berbincang.
“Baby Shima dan Harry Khalifah bukan orang baharu atau budak mentah. Mereka tahu apa yang mereka buat, jadi kita kena adil,” katanya. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



