Penyanyi terkenal Hafiz Suip berkongsi khabar duka apabila ibunya, Allahyarhamah Halizawati Salleh, telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Hafiz memaklumkan berita dukacita itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
“Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu,” katanya.

Difahamkan, Allahyarhamah Halizawati sebelum ini dimasukkan ke Hospital Umum Kuching, Sarawak akibat komplikasi penyakit diabetes kronik dan menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
Menurut ahli keluarga, jenazah arwah ibu Hafiz akan disolatkan pada jam 10 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Kuching.

Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang. —Boom!










