Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Ibarat Mimpi Jadi Nyata” – Haziq Hussni Dan Ain Edruce Pengacara Bersama Melodi TV3

08/08/2022
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Selebriti
“Ibarat Mimpi Jadi Nyata” – Haziq Hussni Dan Ain Edruce Pengacara Bersama Melodi TV3

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Selepas Ain Edruce diperkenalkan sebagai pengacara baharu program hiburan popular TV3 iaitu Melodi menggantikan Nabila Huda bulan lalu, kini tiba giliran Haziq Hussni pula diperkenalkan sebagai pengacara bersama.

Pengumuman mengenai pemilihan bekas penyampai radio Hot FM itu diadakan sewaktu siaran langsung program Melodi pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Kemudian satu sidang media khas dilakukan untuk memperkenalkan Haziq serta Ain sebagai gandingan terbaharu untuk Melodi yang berwajah baharu.

Menurut penerbit eksekutifnya, Mohd Jamil Hassan, pemilihan Haziq dibuat berdasarkan kredibilitinya.

“Untuk mengendalikan program sebesar Melodi ini kini tidak boleh suka-suka letak sesiapa sahaja sebagai pengacara. Kami mengambil kira faktor pengalaman dan juga pengetahuan am untuk melontarkan cerita-cerita yang sentiasa panas dan terkini.

“Kalau dilihat situasi industri hiburan sekarang agak panas dengan pelbagai kontroversi.

Ain Edruce diperkenalkan sebagai pengacara baharu program hiburan popular TV3 iaitu Melodi menggantikan Nabila Huda bulan lalu.

“Jadi pentingnya ada pengacara yang mampu mengimbangi suasana macam mana nak sampaikan berita yang berat, macam mana nak beratkan cerita yang ringan dan macam mana nak santaikan berita yang berat.

“Itu semua bergantung kepada kebijaksanaan dan pengalaman yang ada pada pengacara.

“Dengan adanya Ain dan Haziq sebagai pengacara, mereka boleh kawal program ini nampak lebih ‘hidup’ dan relevan,” katanya.

Penampilan Ain dan Haziq dalam episod Melodi semalam adalah gandingan kali pertama mereka sebagai pengacara bersama.

Ditanya kenapa tidak diundang terlebih dahulu sebagai pengacara undangan, kata Jamil, mereka mempercayai kredibiliti Haziq berdasarkan pengalamannya.

Haziq Husni juga merupakan pengacara Melodi.

“Kami menaruh sepenuh kepercayaan kepada Haziq. Apa yang kami pilih, kami sudah kaji terlebih dahulu. Jadi saya rasa elok ditempatkan terus sebagai hos Melodi,” ujarnya.

Sementara itu bagi Haziq, tawaran untuk mengacarakan program besar seperti Melodi ibarat bulan jatuh ke riba.

“Siapa yang akan tolak jika diberikan peluang untuk mengedalikan program Melodi? Bila saya dapat peluang untuk bersama Melodi, ini adalah sesuatu yang saya tak boleh nak tolak.

“Saya rasa setiap pengacara mengidamkan untuk bersama Melodi. Kalau dalam portfolio, sudah tersenarai saya pernah kendalikan Anugerah Juara Lagu, Muzik-Muzik dan apa yang yang saya belum buat lagi adalah Melodi,” katanya.

Perkara yang sama turut dirasakan oleh Ain Edruce apabila dia mengibaratkan peluang yang hadir ini ibarat mimpi menjadi nyata.

“Memang impian saya daripada dulu lagi ingin mengacarakan program Melodi. Saya pernah berangan kan best kalau satu hari nanti dapat buat Melodi.

“Sewaktu diundang untuk jadi pengacara undangan bersama Nabila Huda dulu pun saya sangat gembira.

“Sebab saya rasa program Melodi sangat dekat dengan saya kerana saya memang suka mengacarakan rancangan hiburan seperti ini. Walaupun lama saya tunggu untuk peluang ini hadir, tetapi Alhamdulillah mungkin Allah beri rezeki ini pada waktu yang tepat,” katanya. – BOOM!

Previous Post

“Dia Siapa Nak Kritik Filem Saya?” – Penerbit Gadis Jolobu The Movie Bakal Saman ZhafVlog

Next Post

Artis Serba Boleh | King Tom Sebak | Status Agama Dipersoal | Aqish Dan Ibu Ditahan

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Dedah Kisah Seram Diganggu Pontianak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd