Anggota Stray Kids, I.N atau nama asalnya Yang Jeong-in meraikan ulang tahunnya dengan cara tersendiri dengan menderma 100 juta won (RM 269 ribu) kepada Pusat Kanser Kebangsaan di Korea Selatan.

Ahli termuda kumpulan itu menyambut hari jadinya yang ke-24 pada 8 Februari lalu.

Sumbangan itu akan digunakan untuk menampung kos rawatan perubatan bagi pesakit kanser yang memerlukan serta menyokong program terapi psikologi untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang menjalani rawatan.
“Saya berharap sumbangan ini dapat menjadi lebih bermakna bagi mereka yang sedang berjuang,” katanya dipetik Soompi.

Ini bukanlah kali pertama I.N terlibat dalam aktiviti amal. Pada 2024, beliau menjadi ahli termuda Green Noble Club, sebuah kelab dermawan besar ChildFund Korea, selepas menyumbang lebih 100 juta won untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Tahun lalu, I.N juga pernah menderma bagi kos rawatan untuk pesakit kanser pediatrik di Pusat Perubatan Samsung. – BOOM!










