DJ Kidd mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen romantis bersama pelakon Emma Maembong di media sosialnya. Dalam beberapa hantaran, deejay kelab malam itu bukan sahaja memuat naik video mesra mereka, malah turut menyatakan hasratnya untuk menjadi suami terbaik buat Emma.
“Saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak, Emma. Wife,” tulisnya dalam kapsyen yang mencetuskan tanda tanya netizen.
Lebih mengundang spekulasi, DJ Kidd turut mengungkap rasa cintanya kepada Emma dengan kata-kata penuh makna.
“I love you. Tak perlu tunggu masuk syurga untuk jumpa bidadari,” tulisnya.
Perkongsian itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang mendakwa mereka telah berkahwin secara senyap. Bagaimanapun, sehingga kini, Emma Maembong masih memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka.
Adakah benar mereka sudah bergelar suami isteri? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada Emma sendiri. – BOOM!