Penyanyi sensasi Korea, HyunA, sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila memuat naik beberapa foto manis bersama suaminya, Yong Junhyung, semasa berada di Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsian di Instagram peribadi, HyunA memuat naik gambar-gambar mereka berdua dengan kapsyen ringkas disertai emoji hati.
Pasangan selebriti ini dilihat berkongsi momen penuh kasih sayang, termasuk ketika mereka mengunjungi restoran, kedai kopi, muzium, dan berjalan santai menikmati keindahan bandar.
HyunA dan Junhyung berkahwin pada Oktober 2024, dan kini sedang menikmati kehidupan sebagai pasangan pengantin baru.
Dalam masa yang sama, HyunA turut sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula (comeback) menerusi lagu solo terbaharunya berjudul ‘Mrs. Nail’ (dikenali sebagai “mot” dalam bahasa Korea, yang bermaksud paku skru).
Lagu tersebut dijadualkan untuk dilancarkan pada 30 April jam 6 petang KST. – BOOM!