Ahli kumpulan K-pop terkenal, Hyoyeon, mendedahkan hasratnya untuk menjadi ahli Girls’ Generation pertama yang melangkah ke alam perkahwinan.

Perkara itu dikongsi dalam teaser rancangan SBS, Dolsing Fourmen, di mana Hyoyeon muncul bersama pelawak Kim Jun Hyun, Brian, dan Son Tae Jin.
Ketika ditanya ahli Girls’ Generation yang mana akan berkahwin terlebih dahulu, Hyoyeon dengan cepat menzahirkan kesungguhannya untuk berkahwin segera.
“Saya mahu ia menjadi saya. Tiba-tiba saya sedar bahawa saya mahu berkahwin dengan cepat,” katanya dipetik Allkpop.

Pengakuan itu mengejutkan semua yang hadir dalam episod tersebut dan sekali gus ia mencuri tumpuan penonton.
Selain membincangkan hal perkahwinan, Hyoyeon turut membuka kisah peribadi tentang momen janji temu pada saat awal dia memulakan kariernya.

Katanya, dia pernah curi-curi keluar pada jam 4 pagi untuk temu janji di Sungai Han. namunk menurutnya, dia tidak dapat mengingati maklumat lain secara terperinci selepas itu.
Pendedahan itu mendapat sambut tawa daripada tetamu jemputan yang hadir.

Pendedahan itu memberikan gambaran lebih dekat tentang kehidupan dan impian peribadi Hyoyeon di luar pentas, sambil menonjolkan keinginannya untuk memulakan keluarga sendiri pada masa hadapan.
Rancangan itu membolehkan peminat melihat sisi lebih mesra dan realistik ahli kumpulan idol terkenal itu. -Boom!










