Hubungan antara pelakon, Emma Maembong dan DJ kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd kembali menjadi buah mulut ramai apabila mereka tampil bersama di Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, DJ Kidd memuat naik gambar mereka berjalan beriringan menuju acara tersebut.

“Now I love pink,” tulis DJ Kidd ringkas.
Emma tampil memukau dengan gaun hijau dipadankan dengan korset merah jambu, manakala DJ Kidd mengenakan blazer merah jambu sedondon.
Kehadiran mereka berdua nyata mencetuskan semula spekulasi hubungan istimewa antara mereka.
Sebelum ini, gosip hangat mendakwa Emma dan DJ Kidd sudah berkahwin secara rahsia dan pernah bercuti bersama di luar negara, namun perkara itu dinafikan oleh Emma sendiri.
Malah, abang iparnya, penyanyi Cat Farish turut tampil mempertahankan Emma dengan menyifatkan DJ Kidd sebagai individu yang “obses” terhadap pelakon itu.
Untuk rekod, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, mengesahkan telah bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pada Oktober tahun lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. – BOOM!









