Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

‘Hilang’ Bukan Merajuk, Pierre Andre Kembali Mengarah Filem

27/02/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
‘Hilang’ Bukan Merajuk, Pierre Andre Kembali Mengarah Filem

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

‘Kehilangan’ pelakon, Pierre Andre dari industri seni dan hiburan tanah air satu ketika dahulu umpama pemergian sebutir permata berharga.

Tambahan pula, keputusannya menjauhkan diri dari industri ini dibuat ketika namanya masih meniti di bibir peminat.

Pierre Andre bebas dari tekanan 11 tahun tanpa telefon, media sosial

Berkesempatan bersemuka dan berbicara dengan susuk figura berusia 39 tahun ini, Pierre yang cukup dikenali menerusi beberapa karya seperti filem Jangan Pandang Belakang dan drama bersiri Dunia Baru berkongsi kisah sebenar.

“Saya tak ada terasa hati dengan industri. Ramai orang salah faham dan anggap saya merajuk. Saya tak merajuk dengan industri. Saya cuma mencari satu titik noktah.

“Kita tahu, mereka yang bekerja di syarikat swasta atau sebagai penjawat awam, ada masanya mereka akan bersara. Tetapi, itu tidak berlaku kepada anak-anak seni.

“Saya takut satu hari nanti saya menjadi pengemis tawaran kerja. Saya tak mahu jadi begitu. Saya beritahu isteri, apa kata kita cuba berhenti dan buka laluan rezeki yang lain,” katanya.

Menurut anak kepada pelakon veteran, Khatijah Tan itu lagi, dia dan isteri memilih untuk meneruskan kehidupan mereka dari luar industri dan mengikut arah rezeki yang dihalakan Allah kepada mereka.

“Kebetulan pada ketika itu, isteri saya sedang mengandungkan anak pertama. Jadi, lebih kuat lagi alasan saya untuk berhenti.

“Tapi, pada ketika itu, saya tak tahu sama ada saya akan berhenti terus atau kembali semula. Jadi, kami teruskan mengikut arus rezeki yang sudah ditetapkan.

“Sekarang anak sulung kami pun dah berusia lapan tahun. Saya rasa ini adalah pengorbanan yang berbaloi sebab saya dapat besarkan anak-anak saya dengan tangan saya sendiri,” katanya.

Kandungan Isteri Terpaksa Digugurkan – Pierre Andre

Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Pierre yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem sekuel, Jangan Pandang Belakang 2 (JPB2) membuka semula jalannya sebagai anak seni.

“Anak kedua ini saya rasakan sebagai pembuka rezeki untuk saya kembali dalam industri.

“Kalau nak katakan JPB2 sebagai karya ‘come back’ tak juga sebab sebenarnya saya dah pernah hasilkan satu filem pada tahun lalu berjudul Paradoks. Tapi, ia masih di peringkat akhir produksi dan belum dikeluarkan lagi,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupannya bersama isteri, Siti Nur Hidayah Hashim, Pierre yang juga ‘family man’ selesa melakukan semua perkara bersama isteri.

“Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan lakukan bersama isteri. Saya adalah individu yang boleh dikatakan ‘family man’.

“Nak berjauhan dengan anak-anak untuk menjalankan penggambaran ini pun, saya sendiri tanya diri saya, boleh ke tidak sebab kami pun baru dikurniakan cahaya mata kedua.

“Bila saya berbincang dengan isteri, dia cakap, kali ini apa kata saya terima dan teruskan sahaja walaupun sebelum ini saya dah banyak kali lepaskan peluang.

“Kami pun ada jalankan perniagaan bersama dan saya selesa dengan kehidupan saya sekarang. Bahkan saya tak ada telefon bimbit dan tak ada media sosial,” katanya.

Ditanya sama ada dia ingin kembali sebagai orang di belakang tabir atau kembali beraksi sebagai pelakon, Pierre berkongsi minat mendalamnya sebagai orang di belakang tabir.

“Sebenarnya saya lebih suka bekerja di belakang tabir kerana itu adalah cita-cita saya sejak dahulu. Sebabnya saya tahu, saya tak cukup ‘fit’ dari segi fizikal.

“Bayangkan kalau sesuatu watak yang ditawarkan itu memerlukan saya untuk kuruskan badan, memang susah juga melainkan ada motivasi yang kuat.

“Insya-Allah, kalau dapat ‘barang’ yang sedap, mesti saya nak buat. Tapi, saya tak mahu buat hasil kerja yang cincai. Kalau dahulu, saya harapkan tawaran kerja sebab kalau tak ada kerja, saya tak makan.

“Sekarang saya dah ada sedikit ‘kuasa’ untuk memilih,” katanya.

Khatijah percaya Pierre Andre kecewa

Berkongsi mengenai JPB2 yang diarahkannya, Pierre berkata, dia akan menggarap naskhah terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd itu mengikut acuannya sendiri.

“Saya nak cuba larikan garapan saya untuk membezakannya dengan garapan Abang Ahmad Idham (pengarah filem pertama).

“Kalau skrip ini diberikan kepada 10 pengarah berbeza pun, ia akan jadi 10 cerita berbeza. Insya-Allah, saya akan wujudkan identiti saya sendiri sebagai pengarah untuk filem ini.

“Tempoh 17 tahun adalah satu tempoh yang lama untuk saya hasilkan semula kesinambungan untuk filem ini.

“Banyak filem lain yang menggunakan jenama Jangan Pandang Belakang untuk dijadikan parodi. Itu lebih mudah untuk dihasilkan berbanding menghasilkan filem original,” katanya.

Menjadikan filem seram dari Indonesia sebagai rujukan, Pierre akan menyuntik identitinya sebagai pengarah.

“Tentunya ia takkan jadi sama seperti JPB. Kalau saya gunakan pendekatan sama, saya takut filem ini jadi satu filem yang ketinggalan zaman.

“Dalam garapan lama, orang tahu teknik yang diguna pakai contohnya, hantu merangkak dan sebagainya. Kalau JPB ditayangkan di zaman sekarang, mesti kita akan nampak pelbagai kekurangan. Tapi, di era itu okay sahaja dan orang pun boleh terima.

“Jadi, kita tengok contoh filem dari Indonesia. Kebelakangan ini banyak karya berkualiti. Jadi, saya sekurang-kurangnya nak menyaingi garapan mereka.

“Saya akan cuba hasilkan teknik tersendiri kerana filem seram ini bukan mengenai hantu semata-mata. Ia membabitkan banyak faktor, contohnya mood, pencahayaan, kerja sudut kamera dan banyak lagi. Dari situ kita akan dapat rasakan keseraman itu sendiri,” katanya.

Filem arahannya itu dibintangi barisan pelakon antaranya, Ruminah Sidek, Emma Maembong, Mawar Rashid dan ramai lagi. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

MOJO Kembali Dengan EP CODA | Alif Mahu ‘Kempen’ Sampai New Zealand | Konsert Choii Tiada Permit

Next Post

Melly Goeslow Tak Tertarik Fikir Soal Kecaman – “Orang Lain Kita Tak Boleh Kawal…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd