Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Henti Lempar Kata Kesat, Allah Masih Tutup Aib Anda” – Ibu Aliff Aziz

20/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
“Henti Lempar Kata Kesat, Allah Masih Tutup Aib Anda” – Ibu Aliff Aziz

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Ibu kepada kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil mendedahkan keluarganya diserang dengan pelbagai kata-kata penghinaan susulan kes anaknya ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies.

Hafiza berkata, lebih menyedihkan apabila kutukan tersebut turut mengaitkan semua anggota keluarganya termasuk mereka yang sudah meninggal dunia.

“Ramai yang DM (mesej) saya dan pelbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya. Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram malam tadi.

Sehubungan itu, dia berharap netizen menghentikan tindakan sedemikian yang disifatkan melampau dan tidak berperikemanusiaan.

“Ada yang hingga mengkafirkan, memunafikkan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang tidak sampai hati kami luahkan di sini. Subhanallah,” ujarnya.

Jika ingin menghina, hinalah kami ibu dan ayah..." -Ibu Aliff Aziz

Pada masa sama Hafiza menyatakan dia dan suami akan bertanggungjawab atas kontroversi membabitkan puteranya itu.

Malah akuinya, mereka reda berdepan ujian tersebut selain meminta maaf serta sudah memaafkan individu yang menghantar mesej terbabit.

Begitupun kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia berharap orang ramai tidak terlalu taksub dengan kontroversi yang melanda Aliff.

“Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah.

“Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub kepada manusia walau belum pasti kebenarannya,” katanya.

Bisikan syaitan sangat halus” - Ibu minta Aliff Aziz dan Bella muhasabah diri - Sensasi | mStar

Menurut Hafiza lagi, pihak yang berterusan melemparkan kritikan bernasib baik apabila aib mereka masih dipelihara Allah.

“Yakinlah Allah masih menutup aib anda dan jika Allah buka aib anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah.

“Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita,” katanya.

Bagaimanapun, hantarannya itu mengundang kecaman netizen yang menegurnya agar berhenti berlagak sebagai mangsa.

“Aunty kalau taksub kepada anak sendiri sampai berlapang dada dengan maksiat yang dibuat, bagaimana pula Aunty? Sampaikan melabelkan mereka yang ada belas ihsan kepada bekas menantu taksub?” kata netizen.

“Mengucap dan bertaubatlah makcik. Sudah-sudahlah ‘play victim’,” komen seorang lagi pengguna akuan media sosial.

Sebelum ini, ibu bapa Aliff yang ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan heroin gandingannya pada 9 Mac lalu tidak pernah mengeluarkam sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

BERNAMA - TIADA SEFAHAMAN DAN MAWADDAH, BELLA ASTILLAH SEKALI LAGI MOHON CERAI TERHADAP ALIFF AZIZ

Hafiza hanya memuat naik hantaran berupa luahan hati serta terbaru menunjukkan anak sulungnya itu bertemu mereka di sebuah lokasi dalam video pendek.

Namun menerusi semakan, dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah.

Susulan dakwaan berkhalwat dengan Ruhainies, isteri Aliff memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu dan kes itu akan disebut pada 4 April ini. – BOOM!

Sumber: KOSMO!

Previous Post

Ayu Raudhah Rindu Berlakon Tapi Mahu Utamakan Keluarga – “Ada Tawaran Berlakon Tapi Untuk Terima Bukan Sekarang…”

Next Post

Sanggup Ketepikan Rasa Malu Demi Reda Allah, Lisa Surihani Terima Undangan Jom Khatam Walau Masih ‘Merangkak’

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd