Penyanyi dan pelakon Malaysia yang kini mencipta nama di Indonesia, Hazman Al Idrus, menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa dirinya melakukan ritual agama Hindu ketika menjalankan penggambaran di Bali, Indonesia.

Menurut Hazman, laporan itu tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen hingga ada yang menuduhnya murtad.

Hazman yang kini menetap di Indonesia menjelaskan bahawa video tular itu sebenarnya dirakam ketika penggambaran sebuah filem antarabangsa.
“Saya tidak buat kenyataan seperti tajuk laporan itu. Saya tegaskan video di Bali tersebut adalah sewaktu penggambaran filem yang menggambarkan budaya, upacara ritual masyarakat di sana.

Hazman menambah, babak berkenaan hanyalah sebahagian daripada lakonan dan tidak melibatkan sebarang amalan keagamaan..
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan iman saya tidak goyah walaupun buat ritual Hindu kerana saya tidak pernah buat ritual agama lain,” katanya.

Menurut Hazman, pihak produksi juga tidak memaksanya untuk melakukan perkara yang boleh bertentangan hukum Islam.
“Saya pindah negara, bukan pindah agama,” katanya.
– Boom









