Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

‘Hawa’ Inspirasi Daripada Arwah Nenek, Diana Nazyra Terima Anugerah Wanita Hari Ini 2024

06/03/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
‘Hawa’ Inspirasi Daripada Arwah Nenek, Diana Nazyra Terima Anugerah Wanita Hari Ini 2024

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Penyanyi baharu, Diana Nazyra yang berbakat sebagai komposer, penulis lirik, guru vokal, penyanyi, dan penerbit muzik dari Singapura kini muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Hawa’.

Ia merupakan single solo pertama Diana di mana dia juga menjadi komposer dan penulis lirik sejak berkecimpung dalam industri seni pada usia 10 tahun.

Bagi Diana, kelahiran ‘Hawa’ memberikan kepuasan padanya kerana dia menghasilkan lagu ini pada 2 tahun lalu selepas pemergian nenek tersayang.

“Ini merupakan single solo pertama saya dan saya amat berpuas hati dengan hasil lagu ‘Hawa’ ini. Sebenarnya lagu ini sangat bermakna buat saya kerana lagu ini diinspirasikan oleh arwah nenek kesayangan saya bernama Awa.

“Arwah nenek dan ibu banyak mengajar saya tentang martabat kita sebagai wanita, keikhlasan, kesabaran, sentiasa bersyukur dan tabah dalam apa jua ujian kehidupan. Pemergian nenek memberi kesan yang mendalam dan saya ingin berkongsi apa yang saya pelajari daripada arwah menerusi single ‘Hawa’ khas buat semua kaum wanita,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, lirik ‘Hawa’ digubah sendiri olehnya bersama suami, Abdul Razak Johar (Razzaq AN’ArDzy).

“Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan menggubah muzik bersama Omar K yang juga komposer terkenal Malaysia. Semasa rakaman dijalankan selama 3 hari di World Peace Entertainment Malaysia, saya terpaksa mengawal emosi memandangkan lagu ini sangat istimewa dan membuatkan saya terkenang kepada nenek,” jelasnya yang baru saja dinobatkan sebagai Wanita Inspirasi dan menerima Anugerah Wanita Hari Ini 2024 dari Women’s Empowerment Singapore.

Sementara itu, Omar K juga turut menyatakan perasaan kagum dengan semangat kental Diana ketika menjalani rakaman di studio.

“Lagu ini penuh dengan emosi menyebabkan Diana hampir menitiskan air mata semasa sesi rakaman. Kami di studio tetap memberi semangat serta ruang untuk Diana bertenang.

“Sejujurnya lagu ini amat sesuai dengan vokal Diana yang unik, jadi gabungan elemen moden dan klasik sekaligus menonjolkan kekuatan vokalnya yang menjadi daya tarikan dan halwa telinga pendengar.

“Persembahan vokal Diana juga amat dinamik merangkumi kelembutan suara pada awal-awal lagu tetapi dapat menyerlahkan kualiti vokalnya di bahagian klimaks lagu. Pengalamannya bergandingan bersama seniman tersohor seperti Allahyarham R. Ismail dan Sanisah Huri juga memberikan bonus kepada Diana,” katanya.

Bagi peminat yang ingin mendengar lagu istimewa ‘Hawa’ boleh didapati menerusi platform iTunes atau aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 23 Februari lalu.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.- BOOM!

Previous Post

Bukan Lahir Dalam Keluarga Senang Dan Bapa Meninggal Ketika Usianya 15 Tahun, Che Ta Jujur Berkongsi Cerita

Next Post

Meerqeen Tolak Babak ‘Soft Porn’ | Che Ta Kongsi Pernah Hidup Susah | Ayah Ibu, Single Sulung Amir Sisi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd