Pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura menerima permohonan maaf pelawak Lan Pet Pet selepas dia terlanjur dengan gurauan yang berunsur lucah yang mencetuskan kecaman netizen baru-baru ini.

Menurut Fazura, walaupun hatinya pernah terguris, dia memilih untuk memaafkan secara pantas sama seperti cepatnya Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka.
“Ini kerana walaupun hati pernah terguris, keinginan mencapai reda Allah SWT adalah lebih utama,” katanya di Threads.

Kata pelakon berusia 43 tahun itu, dia berharap agar insiden itu menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Sebelum itu, Lan Pet Pet atau nama sebenar Mazlan Ahmad, 57, tampil meminta maaf secara terbuka kepada Fazura kerana tidak sedar gurauannya boleh menyinggung perasaan pelakon itu ketika sesi siaran langsung acara bersama peminat sempena promosi jenama pakaian.
“Soalannya menyebabkan saya terbabas dengan lawak yang kurang sesuai… untuk Fazura, abang minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” ujar Lan dalam permohonan maafnya di Instagram. – BOOM!










