Pakar kesihatan, Dr Rafidah, sekali lagi mencuri perhatian apabila menegur perkongsian resepi minuman dan masakan sempena Ramadan yang dikongsi oleh pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan Che Sayang.
Menerusi hantaran di platform X, Dr Rafidah melakukan quote retweet pada hantaran Khairul Aming dan berkongsi amalan berbukanya yang lebih sihat.
“Saya berbuka air kosong. Alhamdulillah, hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis,” tulisnya ringkas.
Selain itu, Dr Rafidah turut memberi peringatan kepada orang ramai tentang risiko kencing manis dan obesiti akibat pengambilan minuman manis berlebihan.
Dia juga dilihat melakukan quote retweet pada hantaran seorang lagi pempengaruh masakan, Che Sayang Kitchen.
Meninjau ke ruangan komen, reaksi netizen berbelah bahagi. Ada yang menyokong teguran tersebut, mengatakan pakar kesihatan itu hanya menjalankan tugasnya untuk mengingatkan orang ramai tentang kesihatan.
Namun, ada juga yang merasakan ia sekadar pilihan masing-masing dalam menikmati juadah berbuka puasa. – BOOM!