Penyanyi antarabangsa, Harry Styles, mengumumkan konsert jelajah dunia merangkumi 50 persembahan menjelang pelancaran album keempatnya yang sangat dinanti-nantikan, Kiss All The Time. Disco, Occasionally.
Jelajah tujuh bulan bertajuk The Together, Together itu akan berlangsung di tujuh bandar utama antara Mei hingga Disember, termasuk 30 persembahan di Madison Square Garden, New York.
Selain itu, konsert Styles turut merangkumi lokasi seperti Amsterdam, London, São Paulo, Bandar Raya Mexico, Melbourne dan Sydney antara Mei dan Disember.

BBC melaporkan antara sorotan utama jelajah tujuh bulan itu ialah dua malam persembahan di Stadium Wembley, London pada 12 dan 13 Jun, dengan Shania Twain dijadualkan muncul sebagai tetamu istimewa.
Turut menyertai jelajah ini ialah Robyn, Jorja Smith dan Jamie xx. Album baharu Harry dijadualkan dilancarkan pada 6 Mac, disusuli jualan tiket pra-jualan dan umum.

Sebelum pengumuman rasmi, Styles kerap mengusik peminat dengan mesej samar di billboard dan laman sesawang yang berbunyi: “Kita ditakdirkan bersama.”
Album sulung bintang kelahiran Worcestershire itu yang berjudul Harry Styles dan single Sign of the Times sebelum ini pernah melonjak ke nombor satu carta UK. -BOOM!










