Penyanyi antarabangsa, Harry Styles, mengumumkan album keempatnya bertajuk Kiss All the Time. Disco, Occasionally yang dijangka keluar pada 6 Mac ini.

Album itu menandakan karya penuh pertamanya dalam tempoh empat tahun. Ia menyusuli album Harry’s House pada tahun 2022, yang melayakkan bekas bintang One Direction itu meraih anugerah pada Anugerah Grammy 2023.
Cosmopolitan melaporkan Harry memulakan pengumuman rasmi selepas mengusik peminat melalui laman web samar yang penuh unsur misteri.

Kiss All the Time. Disco, Occasionally dijangka menampilkan elemen retro dan moden, sekali gus memperlihatkan evolusi muzik Harry sejak album terdahulu. Album ini juga dijangka bakal mengukuhkan lagi kedudukan Styles sebagai ikon pop global. -BOOM!









