Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Hariz Hamdan Teruja Dapat Bertemu Pon Nawasch di Bangkok – “Walaupun Popular, Dia Amat Merendah Diri…”

31/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Global
Hariz Hamdan Teruja Dapat Bertemu Pon Nawasch di Bangkok – “Walaupun Popular, Dia Amat Merendah Diri…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan teruja dapat bertemu pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch dalam majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Menurut Hariz, 21, dia amat mengagumi pencapaian kerja lakonan bintang yang cukup popular dengan drama Devil In Law dan Praomook itu.

“Walaupun dia amat popular di Thailand, tetapi dia amat merendah diri dan tidak lokek memberikan saya nasihat tentang kerjaya dunia lakonan.

“Selain itu, kami juga saling bertukar-tukar pendapat memandangkan sama-sama menitik berat tentang penjagaan kesihatan,” kongsi Hariz.

Dalam pertemuan itu, Pon yang juga duta ASICS Thailand yang sempat menitipkan nasihat buat Hariz. Baginya Hariz seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri seni tempatan.

“Saya mengenalinya kerana kami sama-sama menjadi duta jenama ASICS di negara masing-masing. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 21 tahun, cukup muda.

“Tetapi melihat pencapaiannya dan cara dia membawa diri saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri seni. Cuma nasihat saya, jangan berhenti untuk bekerja keras meskipun sudah berada di tahap yang selesa.

“Setiap hari ada sahaja pelajaran baru yang perlu dipelajari dan sentiasalah perbaiki diri menjadi lebih baik. Disiplin diri paling utama kerana bukan sahaja memudahkan urusan kerja sendiri tetapi juga orang sekeliling,” ujar Pon.

Sementara itu, Pon agak terkejut apabila diberitahu bahawa dia cukup dikenali di Malaysia.

“Saya popular di Malaysia? Terima kasih buat peminat yang memberi sokongan dengan menonton drama saya termasuk di Malaysia,” ujar Pon yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaharunya.

Dalam pada itu, Hariz yang juga duta ASICS Malaysia di bawa terbang ke Bangkok, Thailand baru-baru ini untuk majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 yang menghimpunkan semua duta jenama tersebut dari seluruh Asia Tenggara.

“Saya berasa cukup terharu dengan peluang dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya. Berada dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ramai pelakon terkenal Asia Tenggara membuatkan diri saya terasa kerdil.

“Tetapi mereka semua amat merendah diri meskipun terkenal bukan sahaja di negara masing-masing tetapi juga seluruh Asia Tenggara,” luah Hariz.

Selain Hariz dan Pon Nawasch, duta lain yang turut hadir pada acara tersebut adalah barisan pelakon terkenal Thailand, Toey Pongsakorn, Neng Sarun dan Tay Tawan serta Ratu Universe Filipina 2019, Gazini Ganados.

Terdahulu, turut diadakan acara Klinik Larian GEL – KAYANO 30 untuk menguji ketahanan dan kestabilan koleksi kasut baru yang dikeluarkan pada 1 Julai lalu.

Menurut Eksekutif Pemasaran Sukan dan Perdagangan ASICS Malaysia, Azlani Adani, kasut terbaharu siri GEL – KAYANO 30 dikeluarkan sempena ulang tahun ke-30 tahun siri kasut berkenaan yang mula dikeluarkan pada 1993.

“Rekaan terbaharu kasut ini menggunakan teknologi 4D sistem yang sangat sesuai buat orang yang memiliki tapak kaki rata kerana memberi kestabilan untuk berlari dan bersenam di gim,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Lagu Hoi Hoi Ya Hoi Dinyanyi Parti Lain, Altimet Tak Rasa Disindir – “Ini Bukti Lagu Tu Relevan Dan Milik Rakyat!”

Next Post

Sumpahan Jerunei Menang Enam Trofi Di Itali Dan Paris

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIGBANG Bakal Buat Kemunculan Semula Sempena Ulang Tahun Ke-20

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ameera Khan Idam Lelaki Kaya, Boleh Membimbing

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Siri Adaptasi Harry Potter HBO Max Dijangka Jadi Fenomena

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zara Zya Tegaskan Bekas Tunang Zarina Hanya Rakan Kerja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahaya Penunggang Agama, Erma Fatima Jadikan Walid Peringatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Perlu Potong Usus Untuk Nampak Kurus” – Sherry Alhadad Pilih Cara Selamat Dan Sihat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam Sandler Bersuara Kisah Anak Dimalukan Libatkan Chanel Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd